JIKA apa yang dilakukan itu ikhlas, pasti pembalasan yang akan dapat setimpal dengan perkara tersebut. 

Itulah yang dilakukan oleh seorang pemuda dalam TikTok yang sering memuat naik video ketika memberi makanan kepada haiwan seperti anjing, monyet dan kucing


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan haiwan terbiar atau gelandangan



Keiklasan Faiz Aizif ini sekali gus telah mendapat perhatian dari Tengku Permaisuri Selangor, Tengku permaisuri Norashikin Abdul Rahman yang berkenaan menaja beberapa makanan haiwan itu. 

Fuhh bukan, biasa-biasa ya. Pasti menjadi antara memori terindah dalam hidup beliau. 




Ramai antara yang kita sebenarnya ada kisah mengerikan sama ada dengan anjing atau monyet ini. Boleh dikatakan setiap dari kita mesti ada pengalaman dikejar anjing atau diusik manja oleh monyet. 

Maka, apa yang dilakukan oleh pemuda dari Langkawi, Kedah ini adalah satu perkara yang harus diberi pujian kerana tidak ramai yang berani dan sanggup memberi makanan kepada anjing apatah lagi bilangan anjing tersebut sangat banyak. 



Sama juga seperti monyet. Monyet ini sangat agresif dan boleh mendatangkan kecederaan kepada si pemberi makanan. 

Silap hari bulan, tidak kena gaya, lari tak cukup tanah pula nanti. 



Moga tindakan baik beliau itu menjadi tauladan kepada mereka yang menonton dan makin ramai antara kita memberi makanan kepada haiwan terbiar ini. 

Mana tahu, mungkin kebaikan dan rezeki yang kita kongsi bersama mereka ini akan dibalas lebih besar pada masa akan datang. - KitaReporters


14
11
0
9
0

Copy Link: