2 insan seni meninggal hari ni! Abu Bakar Juah, Yusof Kelana
Published byAbu Bakar Juah ketika tenat di rumahnya.
Lagi cerita-cerita mengenai insan yang meninggal dunia:
https://kitareporters.com/search?search=meninggal+dunia
Allahyarham Yusuf Kelana meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi di rumahnya di Taman Melawati, Hulu Kelang dan dikebumikan di Klang Gate petang tadi, 15 Ogos 2020.
Belum reda dengan berita kematian pengarah dan penerbit itu, orang ramai dikejutkan dengan berita kematian pelakon veteran, Abu Bakar Juah di rumahnya di Alam Damai, Cheras kira-kira jam 6.35 petang tadi.
Menurut anak keduanya, Zarith, arwah akan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai kira-kira jam 10 pagi esok, Ahad, 16 Ogos 2020.
Sejak dua hari lalu bertiup berita angin mengenai kematian Abu Bakar yang ketika itu sudah nazak membuat pihak keluarga minta dihentikan penyebaran berita palsu.
.
Ramai rakan artis dan kenalannya datang menziarah hingga kurang mematuhi SOP khususnya penjarakan sosial.
Abu Bakar Mohd Juah merupakan seorang pelakon berwatak dan banyak membawa watak antagonis.
Bermula sebagai pelakon teater, Abu Bakar mula terbabit dalam drama terbitan RTM sejak 1976. Namun kegiatannya berlakon terhenti apabila dia menumpu perhatian sebagai pegawai Penjara sehingga menjadi Pengarah Kanan Penjara di Penjara Taiping sebelum bersara pada 2005.
Selepas bersara, Allahyarham kembali giat berlakon sehingga beberapa tahun kebelakangan kesihatannya tidak mengizinkan.
Selain drama TV, Abu Bakar turut berlakon dalam beberapa filem. Antaranya, ‘Matinya Seorang Patriot’ (1984), ‘Senjakala’ (2011), ‘Rempit Sampai Langit’ (2017) dan ‘Dukun’ (2018).
Sementara itu, Yusof Kelana atau Omar Saleh, lebih dikenali sebagai pengarah dan produser. Dan merupakan sahabat rapat Datuk Yusof Haslam dengan banyak mengarahkan drama siri kepolisan ‘Gerak Khas’ terbitan Skop Productions.
Allahyarham yang mengalami kanser kulit dirawat di Institut Kanser Negara (IKN) dibawa pulang sejak 6 Ogos 2020 lalu.
Yusof Kelana ketika menjalani rawatan. - Kredit foto: Malaysiakini.com
Yusof Kelana mula memperlihatkan kewibawaan sebagai pengarah melalui filem ‘boxoffice’ ‘Tragedi Oktober’ terbitan M.E Communications miliknya pada tahun 1995.
Dia mula mengarah filem pada 1991 melalui filem ‘Juara’ pada 1991. Beberapa tahun lalu, Yusof menerbit dan mengarahkan filem ‘Bidong: The Boat People’. Namun filem berbajet tinggi ini kurang mendapat sambutan.
Filem terakhir terbitannya melalui syarikat barunya Reliance Media Group ialah ‘Mahathir: The Journey; arahan Prof Dr Hatta Azad Khan. Filem ini masih menunggu senarai tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).