Gambar hiasan
Setiap arahan, undang-undang dan peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu dipatuhi dan diikuti, walaupun ada sebilangan kecilnya enggan berbuat demikian.
Degil dan tidak patuh akan dikompaun. Sediakan sahaja wang kalau ada. Tiada? masuk lokap la jawabnya.Bercerita mengenai pematuhan SOP, setiap individu perlu patuh arahan dikeluarkan. Ia turut membabitkan kelompok pelajar sekolah yang sudahpun memulakan sesi persekolahan sepenuhnya bulan lalu. Penjarakan fizikal (dulu penjarakan sosial), penyediaan sabun atau pensanitasi (sanitizer) tangan, melakukan saringan gejala dan suhu badan serta pemakaian pelitup muka menjadi perkara wajib untuk dipatuhi setiap pelajar.
Ketiga-tiganya jika dilihat secara luaran tidak menjadi masalah. Tetapi, jika diperhalusi dan diteliti didapati pemakaian pelitup muka dalam kalangan pelajar sebenarnya mengundang masalah lain pula. Semuanya bersangkut dengan wang! Siapa nak bagi percumakan.
Mungkin ada sekolah menyediakannya secara percuma tetapi sampai bila? Akhirnya beban terletak kepada ibu bapa yang perlu menyediakannya setiap hari.
Anak seorang bolehlah tetapi jika tiga hingga lima anak atau lebih yang bersekolah berapa banyak wang perlu dibelanjakan untuk membeli si biru putih ini? Sehari sekeping untuk seorang. Lima anak lima keping didarab dengan lima hari persekolahan. Banyak jugakkan jadinya!
Atas ketidakmampuan untuk menyediakan topeng muka baharu setiap hari, ada kalangan pelajar sekolah menggunakannya secara berulang kali sehingga bertukar warna, tali putus dan kotor.
Ini dapat dilihat secara jelas menerusi perkongsian dalam media sosial Facebook dan Twitter beberapa hari lalu.
Seorang pengguna Facebook dengan nama Zatika Izati Puade berkongsi status daripada akaun Twitter milik Fazri_Hassan mengenai penggunaan pelitup muka secara berulang oleh seorang murid.
Statusnya berbunyi:
"#soalanserius
"Selain Shaufee dan Lasagna, kat mana kita boleh dapatkan pelitup muka yang:
"1. Berkualiti i.e 3 layer, wayar atas hidung senang dibentuk dan tali tak mudah putus
"2. Harga mampu milik - berapa Namjoon paling murah?
"Kalau ada penjual atau kedai dalam kawasan KL ni, bagitau ya.
"Ada duit lebih daripada sumbangan ke tabung Geng Cuci Telekung yang kawan2 sumbangkan untuk sabun, saya top up untuk sedekah pelitup muka. Nak ambil dan basuh telekung di tempat awam pun saya belum berani, selagi belum habis Covid.
"Terima kasih sebab kongsikan link, harga dan penjual. Semoga ada juga yang berminat untuk membeli dan memberi sumbangan peribadi ke tempat/ kawasan/ sekolah sendiri. Anda memang ohsem! 💪💖"
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157124733872167&id=575762166
Zatika turut berkongsi gambar dan link twitter (Fazri_Hassan) berkenaan di bahagian komen.
Thread asal di sini: https://twitter.com/fazri_hassan/status/1290868504631971840?s=19
Menerusi ciapannya Fazri_Hassan menulis:
"Hari ini saya ambil sedikit masa berbincang dgn murid mengenai pemakaian pelitup muka ketika berada di dalam kawasan yang sesak. Terdiam seketika saya apabila melihat pelitup muka seorang murid kelihatan kotor dan siap berjahit lagi tali dia.
"Apabila tanya murid lain ada juga yang tukar baharu selepas 2-3 hari pakai. Apa apa pun, ini sekadar kisah murid saya tapi mngkin juga boleh terjadi dgn murid murid cikgu yg lain. Semoga kita sentiasa cakna dan prihatin untuk mereka. #jomspotcheck #ayuhprihatin.
"Dah tukar pelitup muka murid dengan yang baharu dan siap sedia pelitup muka percuma untuk murid yang tidak berkemampuan kat kelas."
Ciapan Fazri menerima jawapan balas menerusi komen beberapa pemilik akaun twitter yang mahu ibu bapa dan pemimpin lebih prihatin dengan soal keselamatan anak masing-masing.
amvanhuizen ketika membalas dalam ruangan komen menulis:
"Makes me sick to think money could be spent on watches and holidays when we still have the poor struggling to even get a mask for their children's protection."
Pemikiran Yang Dijajah pula menulis dalam ruangan komen:
"Harap dpt buatkan reusable face mask, 3 lapis utk murid2. InsyaAllah dpt bantu mereka, at the same time kurang kos dan pertambahan sampah mask (lebih2 lg kalau tk buang di tempat yg betul)."
Kerajaan telah memutuskan pemakaian pelitup muka diwajibkan di tempat awam dan pengangkutan awam yang sesak bermula 1 Ogos lalu.
Gambar hiasan
Bukan semua ibu bapa mampu sediakan penutup muka baharu setiap hari. Bagi keluarga kurang berkemampuan termasuk mereka yang umpama 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' penutup muka itu boleh diguna secara berulang selagi anak tidak sakit.
Wang yang ada hanya cukup untuk membeli barang keperluan. Daripada memilih pelitup muka baik wang digunakan beli makanan. Semoga ramai yang tampil membantu untuk golongan miskin seperti ini. Keselamatan, kebersihan dan kesihatan adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan bagi membendung wabak ini daripada terus merebak. - KitaReporters