Aamir Khan kahwin untuk kali ketiga? Nikah dengan 'anak'nya dalam Dangal, Fatima Sana Shaikh?
Published byAMIR Khan dalam Dangal. Fatima Sana Shaikh berdiri kanan. - Kredit foto: Weekipedia.
MEREKA berlakon sebagai bapa dan anak dalam filem box-office Dangal. Namun kini angin bertiup kencang di kalangan industri filem Bollywood bahawa Aamir Khan, 53, bakal bernikah dengan Fatima Sana Shaikh, 29 tahun.
Filem Dangal ditayangkan pada tahun 2016 ketika Aamir berusia 49 tahun dan Fatima 24 tahun.
Aamir membawa watak sebagai Mahavir Singh Phogat, seorang bapa dan bekas ahli gusti (wrestler) yang mahukan anaknya, Geeta Phogat, watak yang dipegang oleh Fatima, juga menjadi ahli gusti ternama sepertinya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Bollywood
Filem arahan Nitesh Tiwari ini mengisahkan kesungguhan dan kegigihan serta suka duka si ayah melatih anaknya agar mencipta kejayaan dalam sukan Commonwealth. Usaha dan penat lelahnya membuahkan hasil apabila anaknya berjaya menjadi juara dalam temasya sukan tersebut dan seterusnya menjadi ahli gusti disegani.
Kini selepas lima tahun Dangal berlalu, Aamir Khan, yang terkenal melalui filem Maan bersama Manisha Koraila, dikatakan akan menyunting Fatima sebagai suri hidupnya.
Ini adalah realiti, bukan dalam filem. Aamir Khan telah pun menceraikan isterinya, Kiran Rao, tetapi secara profesional akan tetap bekerjasama dalam bidang seni dan perfileman.
AAMIR Khan bersama bersama bekas isteri, Kiran Rao. Mereka bercerai pada 3 Julai. - Kredit foto: indiaglitz
Sehingga kini Aamir dan Fatima, seorang pelakon filem dan TV, belum memberikan reaksi terhadap berita yang hangat tersebar sekarang. Bagaimanapun perceraian dengan Kiran menguatkan lagi andaian mereka berdua akan berkahwin tidak lama lagi.
Sebelum Dangal, Fatima juga pernah muncul sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Chachi 420 dibintangi Kamal Haasan dan Tabu keluaran tahun 1997. Juga filem One 2 Ka 4 yang dibintangi Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla keluaran tahun 2001. Sebahagian penggambaran filem ini dijalankan di Malaysia.
AAMIR KHAN dan Fatima Sana Shaikh dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan. - Kredit foto: geo.tv
Memetik indiaglitz, perceraian Aamir Khan dengan Kiran Rao memeranjatkan para peminat dan mereka dalam industri kerana menganggap mereka adalah pasangan bahagia yang telah melayari hidup bersama selama 15 tahun. Mereka mempunyai seorang anak bernama Azad Rao Khan. Bagaimanapun mereka berjanji akan terus bersama-sama membesarkan Azad.
Sebaik
sahaja pasangan tersebut mengumumkan bercerai pada 3 Julai 2021, nama Aamir Khan
menjadi trending dalam internet. Malah turut trending ialah nama
Fatima yang dikaitkan sebagai punca perceraian Aamir dan Kiran.
Sebenarnya gosip Aamir dan Fatima jatuh cinta sudah lama berlegar. Walaupun mereka menafikan, media Bollywood terus menulis mengenainya. Kiran dikatakan rimas dan terkesan dengan berita tersebut. Itulah juga dikatakan punca dia dan Aamir berpisah.
PERKAHWINAN pertama Amir Khan dengan Reena Dutta pada 1986 berakhir dengan perceraian. - Kredit foto: ibtimes.co.in
Jika benar
Aamir Khan dan Fatima melangsungkan perkahwinan, ia bererti perkahwinan kali
ketiga untuk Aamir. Sebelum berkahwin dengan Kiran, Aamir mendirikan rumah tangga
dengan buah hati sejak kecil, Reena Dutta, ketika berumur 23 tahun pada 1986. Mereka
mempunyai dua orang anak, Junaid Khan dan Ira Khan.
Perkahwinan tersebut berkecai apabila Aamir jatuh hati dengan Kiran. Namun sejarah berulang. Nasib sama menimpa Kiran apabila dia dan Amir meleraikan ikatan perkahwinan. Apakah perkara sama akan berlaku nanti jika Aamir berkahwin dengan Fatima?
Kredit foto: Instagram Fatima Sana Shaikh
Dunia Bollywood
dan peminat kini menanti bila Aamir dan Fatima akan bersatu. Mungkin juga mereka
akan menanti suasana panas sekarang menjadi sejuk sebelum mengatur langkah,
tambahan Aamir dan Kiran baharu bercerai. Tidak manis bagi Aamir untuk terus bernikah
lain.
Untuk
rekod, filem Dangal yang menggandingkan Aamir Khan dengan Fatima merupakan
filem box-office yang memenangi banyak anugerah Filmfare, anugerah perfileman
di Bollywood, lebih kurang seperti Festival Filem Malaysia.
Antara anugerah utama dicapai Dangal ialah Filem Terbaik, Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Aamir Khan), Pengarah Terbaik (Nitesh Tiwari) dan Aksi Terbaik (Best Action). - KitaReporters
Kredit foto: IB Times India