Video| Tersalah faham isyarat terjun, peguam terkorban! Laku bungee tanpa tali diikat lengkap!
Published byYENECIA Morales Gomez maut akibat jatuh terhempas angkara salah faham isyarat terjun bungee di Amago, utara Colombia. - Kredit mirror.co.uk
AKIBAT tersalah faham isyarat untuk membuat terjun bungee, membawa padah kepada seorang peguam, Yecenia Morales Gomez, 25, apabila dia terjun tanpa kakinya diikat pada tali yang merupakan keperluan mandatori bagi seseorang yang mahu terjun bungee.
Akibatnya dia jatuh terhempas daripada ketinggian 150 kaki (50 meter) dari jejambat atau viaduct sebuah lebuh raya di Amago, utara Colombia, tempat di mana terjunan bungee itu diadakan pada 18 Julai 2020. Peristiwa ini hanya dilaporkan oleh akhbar pada 22 Julai.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Colombia
Jejambat yang dijadikan tempat terjunan aktiviti lasak terjun bungee. - Kredit foto: Cronica
Memetik laporan meaww.com, Yecenia begitu teruja untuk membuat penerjunan bungge yang pertama. Dia bersama teman lelakinya pergi ke tempat penerjunan popular tersebut yang diuruskan oleh Sky Bungee Jumping. Nama teman lelakinya tidak disebutkan dalam laporan berkenaan.
Teman lelaki Yecenia berada di hadapannya di dalam barisan untuk terjun. Pasangan tersebut merupakan penerjun ke-90 pada hari tersebut.
Bagaimana pun Yecenia telah tersalah anggap apabila mendengar isyarat terjun. Dia menyangka isyarat itu untuk dirinya sedangkan ia bermaksud untuk teman lelakinya yang sudah siap memakai peralatan keselamatan bagi melakukan terjunan.
Tidak dapat dijelaskan kenapa Yecenia terjun sedangkan teman lelakinya berada di hadapannya dan secara logiknya dia (teman lelaki) terjun dahulu.
Yecenia juga tidak meminta penjelasan dan terus terjun sedangkan ketika itu dia masih belum dilengkapi peralatan keselamatan. Kakinya belum diikat pada buku lalinya yang merupakan kemestian untuk penerjun.
YENECIA terjunam dari viaduct atau jejambat tempat terjunan bungge akibat tersalah faham isyarat terjun yang sebenarnya untuk teman lelakinya yang berada di barisan hadapan. - Kredit mirror.co.uk
Akibatnya, Yecenia terus terjunam dan jatuh terhempas sementara teman lelakinya berlari menuruni bukit bagi mendapatkan Yecenia sehingga cedera pada badan.
Setelah menjumpai Yecenia, teman lelakinya melakukan bantuan CPR tetapi gagal. Pasukan penyelamat dari Amaga yang sampai tidak lama kemudian mengesahkan Yecenia meninggal di tempat kejadian.
Menurut laporan doktor, Yecenia mendapat serangan jantung sebelum mencecah tanah, dipercayai kerana tekanan jatuh dari tempat tinggi.
Teman lelakinya yang masih trauma dengan kejadian berkenaan kini berada di hospital untuk menerima rawatan akibat luka ketika berlari menuruni bukit.
KEMATIAN Yecenia dianggap satu tragedi keluarga. - Kredit mirror.co.uk
Memetik Datuk Bandar Fredonia, Gustavo Guzman, isyarat terjun yang diberikan ialah untuk teman lelaki Yecenia kerana dia sudah memakai peralatan keselamatan lengkap. Tetapi Yecenia keliru dan terjun sedangkan dia belum memakai peralatan lengkap.
Menurut
abang Yecenia, Andres, adiknya serang gadis comel yang minat membaca,
menari dan mempunyai jiwa keusahawanan.
Dia menyifatkan
adiknya sebagai gadis yang memiliki nilai-nilai terpuji dan periang serta sangat
menyayangi kawan-kawan. Dia juga sangat suka membantu orang-orang yang
memerlukan. Kejadian yang menimpa adiknya adalah satu tragedi bagi keluarga
mereka.
Dalam pada
itu terdapat laporan bahawa syarikat yang menawarkan perkhidmatan dan peralatan
terjun bungee itu tidak mempunyai kebenaran berbuat demikian.
Berikutan itu, Gustavo Guzman mengarahkan siasatan segera dijalankan serta mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelakkan kejadian sama berulang. - KitaReporters