Salah seorang pelanggan sedang mencari-cari kerepek yang sesuai dan kesukaannya semasa mengunjungi jualan kerepek Pak Cik Masri di Stesen Minyak Petron,Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.


DALAM gelora gelombang ekonomi yang tidak tahu bila akan redanya membuat ramai orang terpaksa melakukan apa sahaja kerja yang sesuai semata-mata untuk memperolehi sumber pendapatan bagi menyara keluarga dan kegunaan lainnya.

Malahan kalau pergi ke mana-mana tidak kira di kawasan bandar mahupun luar bandar kita akan dapat melihat ramai orang menjalankan pelbagai jenis perniagaan daripada makanan, minuman hinggalah kepada peralatan kegunaan harian di tepi-tepi jalan.

Ia merupakan antara cara mudah untuk memperolehi sumber rezeki sebagai pendapatan harian. Malahan dalam Islam ada menyatakan sembilan daripada sepuluh sumber rezeki seseorang berpunca melalui perniagaan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan peniaga:

https://kitareporters.com/search?search=peniaga


Pak cik penjual buah potong menangis kesyukuran! Keluarga Alina Farahin borong habis jualan!


Pak cik ini bersyukur menjadi seorang penjual kerepek dalam usahanya meneruskan kesimbungan hidup semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor.


Salah seorang di antara sebahagian mereka termasuklah Pak Cik Masri yang berniaga berbagai jenis kerepek di salah sebuah stesen minyak di Shah Alam, Selangor

Beliau sebelum ini merupakan seorang pemandu teksi terpaksa menukar kerjaya disebabkan sumber pendapatan dengan membawa teksi kebelakangan ini begitu merosot dan sukar memperolehi pelanggan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak dibenarkan untuk rentas daerah serta negeri.

Sekalipun terpaksa berhadapan dengan cuaca panas terik melampau sekarang, dia sebelumnya agak segan dan malu-malu untuk berniaga tetapi terpaksa melakukannya untuk menyara keluarga dan anak-anak yang sudah habis sekolah selain membayar sewa rumah. 



Beliau yang sentiasa tersenyum dan ramah dengan siapa sahaja ketika berniaga hanya menggunakan payung kecil dan bekas tong cat sebagai tempat duduk di kawasan Stesen Minyak Petron, Seksyen 7, Shah Alam.

Perniagaannya yang beroperasi bermula jam 2.00 petang dan kadangkala hingga 10.00 malam selagi barangan jualan tidak habis antaranya menyediakan jualan berbagai jenis kerepek pisang, ubi, keledek termasuk kerepek malinjo dengan bermacam-macam rasa. Setiap paket dijual dengan harga RM10.

Bagaimanapun antara produk jualannya yang agak laris ialah kerepek ubi dan keledek pedas, pisang dan malinjo. 

"Pak Cik sebenarnya pada permulaan rasa malu-malu berniaga di tepi jalan tetapi terpaksa dilakukan untuk mencari rezeki halal sebagai sumber pendapatan, lebih-lebih lagi sebelum pernah jadi tauke keropok," ujarnya kepada dua orang anak muda, Fahmi Sani dan Ridzuan Haron yang membuat rakaman video untuk saluran FS Channel

Rakaman tersebut tular melalui media sosial FB milik saluran tersebut pada Sabtu 27 Februari 2021.



Penjual kerepek ini menasihatkan kepada salah seorang ahli FS Channel  bacalah banyak-banyak zikir "Ya Fatah,Ya Razak" kerana ia elok untuk mereka yang berniaga atau siapa sahaja.


Pada pertemuan itu, beliau dengan penuh yakin menyatakan sentiasa mengamalkan zikir "Ya Fatah,Ya Razak" sebanyak mungkin setiap hari terutama semasa berniaga kerana ia mampu memudahkan rezeki seseorang.

Menurutnya, dengan niat yang ikhlas dan keyakinan tinggi melalui zikir tersebut rezeki sesesorang tetap ada cuma cepat atau lambat sahaja.

Katanya, selain sebagai kegunaan harian hasil perniagaan diperolehi juga disimpan bagi menggantikan wang simpanan untuk mengerjakan umrah yang habis dibelanjakan semasa PKP ini. 

Beliau terus terang mengakui selain memperolehi pendapatan hasil jualan, dia juga dengan mengamalkan zikir tersebut kerana ia memberi kesabaran dan ketenangan semasa berniaga ditambah pula ditempat sekarang tidak ada saingan mereka yang menjual kerepek.


Pak Cik Masri penjual kerepek di Stesen Minyak Petron, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor terkejut bila dihadiahkan RM500 tunai setelah salah seorang ahli FS Channel membeli kerepek yang dia jualnya. - Kredit foto-foto: FS Channel.



Dalam sehari biasanya, Pak Cik Masri di mana riak wajahnya ceria dan jernih bersih membawa antara 50 hingga 60 paket kerepek berbagai-bagai jenis untuk dijual. Dia juga sanggup bersedekah jika ada mereka yang membeli jualannya tetapi tidak cukup wang.

Pada pertemuan itu, beliau terkejut dan tergamam bila salah seorang ahli FS Channel menyerahkan RM500 tunai hasil sumbangan awam yang menyokong saluran tersebut setelah mengira jumlah 5 paket kerepek yang mereka beli dan ditolak diskaun. 

Sebelum ini, Pak Cik Masri ada menyatakan hasrat kalau boleh beliau hendak membuka perniagaan kerepek di premis kekal pada masa akan datang. 

Kepada orang ramai yang sering melalui kawasan di mana pak cik kerepek itu berniaga atau berurusan di Stesen Minyak Petron, Seksyen 7 Shah Alam bantulah beliau dengan membeli kerepek jualannya sebagai usaha membantu merealisasikan hasrat beliau.

Sama-samalah kita berharap dan mendoakan semoga Pak Cik Masri dapat menjayakan cita-citanya di samping mampu mengerjakan ibadah umrah di Mekah bila sampai ketikanya nanti. - KitaReporters


Pak Cik Masri berharap ada insan yang sudi mendoakan supaya dia dapat mengumpul duit dari perniagaan kerepek untuk pergi umrah kerana sebelum ini duit yang dikumpul habis untuk perbelanjaan harian semasa PKP sekarang.

1
0
0
0
0

Copy Link: