Video| Hadirin larikan diri, pengantin tergamam! Tetamu tak diundang tiba, sekumpulan kerbau!
Published bySebuah majlis perkahwinan berlangsung di mana acara bersanding sedang dijalankan, di mana jurufoto sibuk menjalankan tugas mengambil gambar mempelai, sementara sejumlah hadirin sedang menikmati hidangan.
Tiba-tiba suasana menjadi gempar. Beberapa tetamu melarikan diri temasuk jurufoto, manakala pasangan pengantin pula mejadi tergamam.
Tiba-tiba tetamu tidak diundang muncul. Sekumpulan kerbau melintas di depan pelamin pengantin dengan beberapa petani membawa peralatan pertanian ikut di belakang.
Peristiwa 'gempar' ini terjadi Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkahwinan
Situasi lucu ini dirakam dalam video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @Salsya_42 pada Isnin, 7 Jun 2021.
Menurut Salsya, kehadiran sekumpulan kerbau dan beberapa orang petani melintasi majlis perkahwinan itu adalah kerana laluan tersebut merupakan satu-satunya jalan di kampung tersebut.
Pihak keluarga pengantin mengadakan majlis keraian perkahwinan di hadapan rumah yang begitu dekat dengan jalan kampung sehingga pentas pelamin dan khemah makan terpaksa didirikan di atas jalan serta tanah jiran di hadapan rumah.
Menurut Salsya, tanda halangan tidak boleh melalui jalan berkenaan tidak dibuat kerana jalan tersebut satu-satunya jalan di kampung itu yang diguna oleh semua orang dan pelbagai binatang ternakan.
Justeru itu, situasi lucu berkenaan adalah antara pengalaman yang akan dialami sesiapa sahaja yang ingin mengadakan majlis keraian di kampung itu.
Tambah Salsya, peristiwa hampir sama pernah dialami beberapa penduduk kampung itu. - KitaReporters