Ustazah Noradilah Mohd Sapie (tengah memegang kad pink) bersama warga Giatmara Nibong Tebal bergambar kenangan.


Ustazah Noradilah Mohd Sapie atau lebih dikenali dengan Ustazah Basikal yang merentasi 14 negara dengan mengayuh basikal bersama suami Ahmad Mohd Isa dan krew menjadi perkongsian menarik warga Giatmara Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini.

Pengurus Giatmaranya Jamiza Johari ketika dihubungi berkata, pengalaman Ustazah Noradilah menggunakan basikal untuk mengembara sungguh menyentuh jiwa warga Giatmara kerana mereka mengharungi pelbagai rintangan dalam perjalanan mereka itu. 

Katanya, Kembara Memburu Hikmah tersimpan 1,001 kisah manis dan pahit yang terpaksa mereka lalui selama setahun tiga bulan sehingga sampai ke Arab Saudi ini perlu menjadi semangat kepada semua orang khususnya warga institut ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti berbasikal


Pengurus Giatmara Jamiza Johari (kanan) bersama Ustazah Noradilah.

“Perkongsian mengenai ketahanan diri, pemakanan, rintangan ketika mengayuh basikal dalam cuaca yang panas, sejuk dan dingin sesungguhnya memberi keinsafan kepada kami yang mendengar,” ujarnya.

Keadaan mereka yang terpaksa berjauhan dengan keluarga dan menempuh segala cabaran sesungguhnya memberi kekuatan kepada pelajar-pelajar dan staf disini untuk mengenali erti syukur berbanding dengan apa yang mereka terpaksa tempuhi.

Jamiza menambah warga institutnya hanya tinggal dalam bilik kuliah dan mempelajari ilmu kemahiran sebelum bergelar lulusan diikuti dengan peluang pekerjaan dengan kursus yang mereka ikuti berbanding dengan Ustazah Noradilah yang terpaksa menempuh perjalanan mereka dalam cuaca yang tidak menentu dengan mengayuh basikal untuk kedestinasi yang dituju.


Sesi bersama pelajar Giatmara dan staf.

Oleh itu perkongsian ini amat menyentuh mereka untuk terus berusaha dan melahirkan rasa syukur dengan sesi pembelajaran yang ditawarkan oleh Giatmara ini.

Mereka tidak perlu lagi bersusah payah dengan menaiki basikal untuk ulang alik ke bilik kuliah manakala ibu, bapa dan waris pula tinggal berdekatan untuk menghulurkan bantuan atau keperluan diri sekiranya mereka inginkan.

Moga perkongsian seperti ini menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus melahirkan rasa syukur dengan apa yang mereka nikmati disini.

Giatmara Nibong Tebal ini menawarkan kursus Kursus Rekaan Pakaian dan Fesyen, Kursus Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, dan Kursus Seni Reka Gaya Rambut untuk tempoh enam bulan yang dibiayai oleh MARA termasuk pemberian elaun sebanyak RM200 sebulan kepada pelajarnya. - KitaReporters


Ustazah Noradilah Mohd Sapie mengayuh basikal bersama suami, Ahmad Mohd Isa merentas 14 negara.

Bersemangat mengayuh basikal hingga ke negeri China.


Jalur Gemilang tetap dikibarkan dalam perjalanan mereka.


Mereka juga sampai ke India dengan berbasikal.

Berjaya ke Mekah dengan berbasikal.

12
13
0
10
0

Copy Link: