Apa beza awak dengan MyRapidKL? Guna pick-up line nasihat penumpang! Netizen terkesima, terpesona!
Published byPasti anda pernah dengan istilah berbunyi ‘tak makan saman’. Istilah tersebut bermaksud tak dengar cakap atau tidak belajar daripada kesilapan.
Agak-agaknya perkataan ini sesuai tak ditujukan kepada para penumpang kenderaan awam seperti LRT dan MRT?
Bayangkan dalam sehari beratus-ratus ribu menggunakan perkhidmatan tersebut. Pelbagai ragam dapat dilihat. Ia bukan sahaja digunakan oleh rakyat Malaysia tetapi juga warga asing.
Ada yang mengikut peraturan dan sebaliknya. Buat yang mengikuti peraturan, terima kasih dan tahniah kerana anda menjadi pengguna yang sedar diri.
Bagi yang tidak mengikut peraturan, sudah berbuih mulut pihak terbabit iaitu Prasarana Malaysia Berhad menasihati dan menegur.
Tetapi masih lagi berlaku salah laku dalam kalangan penungguna LRT dan MRT. Pelbagai saluran digunakan terutamanya media sosial seperti Instagram dan Facebook.
Malah, nasihat dan teguran yang diberi tidak dilayan atau mendapat sambutan. Ia seperti bercakap dengan dinding atu menucrah air di daun keladi.
Tapi cuba kalau yang dikongsikan itu kisah gosip artis atau cerita negatif, berduyun-duyun orang memberi komen. Usah dikira soal adab dalam berbahasa, memang ke laut dalamlah.
Pelbagai kata-kata kasar dilontarkan seperti manusia hilang pedoman.
Justeru, bagi menarik orang ramai memberi komen atau
ambil perhatian terhadap nasihat dan tip yang diberikan, pihak Prasarana
menerusi media sosial mereka, MyRapidKL telah menggunakan cara kreatif.
“Bau-bau cinta dibenarkan, asalkan bukan bau badan. Jangan lupa beratur bila naik tren. Kalau nak lupakan janji kita yang entah sudah hilang ke mana, silakan,” antara ayat pick-up line yang ditulis.
Mereka tidak menggunakan bahasa biasa, tetapi menggunakan ayat pick-up line atau dalam bahasa Melayu bermaksud ayat pikat.
Kelihatannya strategi mereka itu berjaya mencuit hati dan menarik perhatian netizen. Rata-rata tampil membalas ayat pick-up line yang diberikan oleh MyRapidKL.
Netizen berbalas pick-up line.
“Cinta itu kadang-kadang rosakkan jiwa. Tetapi tren
janganlah selalu rosak. Janganlah bersandar pada pintu tren. Sesungguhnya pintu
tren senang dibuka berbanding hati seorang manusia,” balas netizen.
Begitulah ragam dunia media sosial ini. Segala-galanya perlu kreatif bagi menarik minat orang ramai untuk memberi perhatian. Tak salah selagi tidak bercanggah dengan norma kehidupan kita sebagai orang Islam. Namun, jangan salah guna kreativiti itu dengan membuat content mengarut dan murahan! - KitaReporters