Video| Dah putus urat malu agaknya! Dua sejoli bercumbu di kafe! Pemilik kafe tuntut permohonan maaf!
Published byPemilik sebuah kafe di Malang menuntut sepasang kekasih membuat permohonan maaf secara terbuka selepas melakukan onar di kafenya.
Menurut laporan Detik Jatim, kekasih itu tanpa segan silu berasmara dana ketika berada di Kafe Qita yang ramai dengan pengunjung di Malang, Indonesia pada jam 10 malam pada 16 Disember 2023 lalu.
Pemiliknya, Zen pada 18 Disember 2023 lalu berkata kepada Detik Jatim bahawa dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas video perbuatan keji pasangan sejoli terbabit tular dalam Instagram.
"Kami sangat kesal dengan perbuatan pasangan itu kerana ia telah mencemarkan nama baik (kafe) kami, komuniti setempat dan masyarakat Malang.
"Kenapa harus berkelakuan tidak senonoh di kafe?" ungkapnya.
Dalam video tular itu, kelihatan seorang lelaki berbaju putih duduk di sebuah sofa manakala seorang wanita berpakaian berwarna krim terlentok pada pangkuannya.
Pasangan itu selamba bercumbuan sementara tangan lelaki berkenaan meraba perut pasangannya.
Kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku di kafe berkenaan dan ia pastinya menyebabkan Kafe Qita mengalami kerugian ekoran pandangan negatif dilemparkan oleh masyarakat.
"Walaupun kesan pada masa ini belum jelas, tetapi banyak komen negatif dan ramai orang mulai enggan berkunjung ke sini kerana takut kafe ini dianggap sebagai tempat untuk perbuatan tidak senonoh," tambahnya.
Berikutan itu, Zen menuntut pasangan berkenaan memohon maaf bukan sahaja terhadap kafe, namun juga kepada masyarakat.
"Pihak pengurusan kafe akan menilai semula sistem pengawasan agar kafe kami terhindar dari tindakan tidak senonoh di masa depan," tambahnya. - KitaReporters