Video| Cenderahati unik! Tetamu majlis perkahwinan diberi sayuran segar! Ambil sebanyak yang mahu!

Published by
KitaReporters


Dalam majlis resepsi perkahwinan, sudah menjadi adat tetamu akan memberi hadiah baik berupa wang tunai atau barangan yang dibungkus.

Sementara pihak tuan rumah atau pengantin juga menyediakan cenderamata kepada tetamu untuk dibawa pulang sebagai kenangan.

Bentuk cenderahati bergantung kepada kemampuan tuan rumah sama ada berharga mahal atau sebaliknya.

Namun satu majlis resepsi perkawinan di Agra Hotel and Grand Ballroom di Cianjur, Jawa Barat pada 8 September 2024 lalu membuat satu keunikan.  


Para tetamu diberi cenderahati berbentuk sayur-sayuran.

Setiap tetamu diberi beg dengan gantungan nama pengantin serta bebas mengambil aneka sayuran yang sudah disediakan yang diletak di sebuah tempat di pintu keluar dewan.


Sebanyak 16 jenis sayur disediakan untuk diambil oleh para tetau antaranya ialah, tomato, labu siam, sawi putih, lobak merah, terong, paprika, buncis, cabai burung, brokoli, timun jepun dan kobis. Ia diletakkan di atas rak kayu.

Beberapa petugas berbaju batik sedia membantu dan banyak lagi sayuran diletakkan di bawah meja dan dikeluarkan jika sayur-sayuran di atas rak sudah mula berkurang.


Pasangan pengantin dikenali sebagai Nisrina Nabilla J, atau akrab disapa Erin, dan Tirta serta keluarga gembira melihat para tetamu terutama kaum wanita berebut-rebut untuk mengisi beg dengan sayuran yang disediakan.

Ada tetamu yag berebut mengisi beg plastik dengan pelbagai jenis sayur sehingga membujut, manakala ada juga yang hanya mengambil ala kadar sahaja.


Apa yang penting sayur-sayur itu dapat diguna untuk memasak di rumah. 

Situasi itu dirakam dalam video dan dimuat naik dalam TikTok @pasutrigenz24 dan disiar ulang beberapa media sosial, media cetak dan media elektronik di Indonesia.

Ramai netizen yang memuji cara pemberian cenderahati sedemikian dan ia boleh menjadi ikutan. - KitaReporters

13
13
0
11
0

Copy Link: