Video| Malam pertama ditunda! Nikah di balai polis! Lepas ijab, pengantin lelaki masuk lokap semula!
Published by.
Hari pernikahan adalah satu detik penting dan abadi dalam sejarah kehidupan peribadi. Menjadi Impian ramai majlis pernikahan diadakan dengan ‘kelainan’ sebagai kenangan abadi.
Bagaimanapun tempat akad nikah di balai polis bukan permintaan pasangan pengantin, sebaliknya terpaksa.
Tarikh pernikahan sudah ditetapkan. Namun dua minggu sebelumnya Satri ditahan polis kerana terlibat dalam kejadian pergaduhan.
Slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ menjadi pedoman anggota polis. Dan dalam melakukan khidmat sosial, Ketua Polis Polewali Mandar, AKBP Anjar Purwoko membenarkan majlis akad diadakan di balai itu.
Namun pasangan ini terpaksa menunda detik ‘malam pertama’ mereka. Ini kerana Satri dihantar semula untuk meringkuk di bilik tahanan.
Pernikahan di balai polis ini tular setelah dimuat naik sejumlah media sosial dan media cetak dan elektronik. Malah Balai Polis Polewali Mandar turut memuat naik berita, foto dan video majlis akad itu dalam Facebooknya.