Jom makan colek! Meriah makan kerang, siput, otak-otak dan rojak di Dangau Kepala Titi, Sungai Bayor!
Published by
Kerang, siput dan kepah antara menu yang dihidangkan kepada penduduk.

Dua penduduk sedang merebus kerang.
Keheningan malam dikejutkan dengan bunyi letupan bunga api menandakan bermulakan program Jom Makan Colek di Dangau Kepala Titi, Sungai Bayor, Selama Perak.
Penduduk tempatan datang dapat menikmati makan kerang rebus dengan pencicah, otak-otak, siput, rojak serta bihun sup.
Ini adalah program yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin sejak lebih 10 tahun lalu.
Hamzah
berkata, dia mengadakan program di sini kerana pernah mengadakannya di tempat
lain sebelum ini.
“Penduduk minta saya buat dalam kawasan Sungai Bayor dan saya buat di sini,” katanya ketika ditemui di Dangau Kepala Titi, Sungai Bayor, Selama Perak pada 22 Mac 2025.

Hamzah Zainudin bersalaman dengan seorang penduduk ketika hadir di Dangau Kepala Titi, Sungai Bayor di Selama, Perak.
Sementara
itu, Hamzah berkata, seramai 500 asnaf menerima bantuan sempena bulan Ramadan
ini.
Katanya,
pemberian itu diberikan kepada asnaf di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu
Kurau, DUN Kubu Gajah dan DUN Selama.
“Saya
bersyukur kerana bantuan dapat diberikan kepada asnaf di Parlimen Larut yang
memerlukan bantuan.
Sementara
itu, Hamzah berkata, tidak salah untuk kita duduk semeja tetapi yang penting
adalah wadah perjuangan sama.
“Kalau nak duduk semeja pun tak boleh ini menimbulkan masalah. Kita tengok dari segi kepimpinan yang ada apabila perbincangan yang ikhlas dan boleh diterima oleh kedua-dua pihak,” katanya.
Beliau berkata, dalam melahirkan seorang pemimpin yang boleh diterima dan memberikan keadilan kepada semua dan jangan melakukan sesuatu sehingga tercetus perpecahan kaum dalam negara. - KitaReporters

Sebahagian penduduk tempatan yang hadir untuk makan colek.