Video| Masjid unik! Ada makanan, minuman, tempat tidur, bilik mandi percuma! Juga untuk bukan Islam!

Published by
KitaReporters



Masjid Pemuda Konsulat di Jalan Kalikepiting, Surabaya, Jawa Timur, Indonesia dianggap unik. Ia bukan sekadar tempat ibadat dan pengajian agama bagi umat Islam. 

Malahan turut menjadi ‘rumah’ bagi setiap orang yang memerlukan termasuk mereka yang bukan Islam. Ia memberi makanan, minuman, kamar mandi dan tempat tidur secara  percuma kepada mereka termasuk yang bukan Islam juga.

Bagi yang ingin menginap, disediakan tilam dan selimut. Kamar mandi dan tandas diletakkan sabun, ubat gigi, berus gigi, syampu  dan keperluan membersihkan diri yang lain.



Bagi yang inginkan minuman panas dan sejuk tersedia beberapa bekas minuman dingin dan panas.

Pengurusan masjid turut menyediakan beberapa petugas untuk memasak dan menyediakan makanan percuma pagi, tengah hari dan malam secara percuma untuk orang ramai yang datang. Terdapat kafe untuk makan dan minum juga.

Sekurang-kurang disediakan makanan untuk 160 orang, namun akan ditambah jika ramai yang hadir. 



Masjid Pemuda Konsulat yang terletak di Jalan Kalikepiting No 111, Pacar Kembang, Surabaya ini cuma mampu mengisi kira-kira 150 jemaah untuk bersolat. 

Malah para penjual jalanan turut dibenar mengambil air untuk berniaga. 

Namun ia sentiasa ramai dengan pelajar yang belajar agama dan orang ramai yang datang untuk berehat atau tidur di sana. 

Ada antara penginap adalah gelandangan. Terdapat juga sejumlah pelancong dari luar daerah malah luar negeri menginap dan makam minum di masjid itu.



Menurut Pengurus Masjid, Ramadhan Surohadi, masjid itu asalnya sebuah pejabat konsulat, Kedutaan Filipina. Ia diuah suai menjadi masjid setelah tidak diguna lagi oleh Kedutaan Filipina.

Tambahnya langkah untuk memberi makan dan tempat penginapan untuk bukan Islam adalah sebagai salah satu cara untuk memperlihat kemuliaan Islam dan menarik mereka untuk memeluk Islam.

Terdapat kira-kira 30 orang pekerja yang digaji untuk tugas memasak dan mengemas masjid dengan dibantu sejumlah pekerja sukarela. Bagaimanapun untuk makan dan minum, para pekerja direhatkan pada hari Ahad.

Dari segi kewangan, ia menerima sumbangan daripada sejumlah penderma dan setakat ini tidak mempunyai masalah untuk membiayai pengurusan.

Masjid ini memperlihat bagaimana sumbangan orang ramai boleh diguna secara baik untuk memperkembang institusi agama. 

Kebajikan masjid ini tular setelah dimuat naik dalam Instagram @fyifact dan sejumlah media cetak dan media elektronik. - KitaReporters


15
10
0
13
0

Copy Link: