WALAUPUN pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang mengehadkan pergerakan seseorang, namun masih ada yang perlu bertugas seperti biasa berikutan tuntutan yang masih diperlukan. Terbaru tular dalam media sosial, kisah seorang bapa yang setia menanti anaknya pulang bekerja setiap hari dan menyembur sanitizer ke arah anaknya sebelum memasuki rumahnya. - KitaReporters

Si ayah terus menghala ke arah anak perempuan yang baru tiba ke rumah selepas pulang bekerja. - Kredit foto: FB Shaffiq Erwin (https://www.facebook.com/shaffiqerwin91).


Prihatin betul bapa ni…tapi nilah yang terbaik supaya ahli keluarga yang lain bebas daripada virus yang sedang ‘menggegarkan’ dunia buat masa ini.

Jelas menunjukkan ayahnya risau sekiranya anak 'membawa' pulang virus ke rumah sebelum disebarkan kepada penghuni lain di rumah berkenaan.

Video yang berdurasi 42 saat dan dikongsikan Shaffiq Erwin itu menunjukkan ayahnya terus menghala ke arah anak daranya yang baru tiba ke rumah selepas pulang bekerja sebelum menyemburkan sanitizer .

Kelakarnya satu badan diisembur termasuklah di bahagian kaki dan juga bekas makanan yang dibawa bekal.

KASIHNYA bapa sanggup menyembur sanitizer ke seluruh badan anak perempuan sebelum membenarkan anak itu memasuki rumah. 


Sayang betul si ayah kepada anaknya… Ini patut dicontohi.

Dalam posting video berkenaan yang dimuat naik pada Rabu, 18 Mac 2020 dalam laman sosial Facebook Shaffiq (https://www.facebook.com/shaffiqerwin91), dia menulis:

"Bila dalam family hanya kakak aku sorg je kene keje xdpt cuti sbb dia Frontliner so perlu amek langkah berjaga2 sebelum masuk rumah yer.. 

"Spray sanitizer dulu.... safety first walaupun FAMILY... tp dia boleh ketawa plak hahahahaha!! 

"So kepada korg yg ada ahli keluarga frontliner plz amek langkah berjaga2 mcmni jgk sebelum msuk rumah yer... be safe everyone."  

Jom kita saksikan video keprihatinan si ayah bagi memastikan anaknya bebas daripada virus COVID-19. - KitaReporters


14
4
0
11
1

Copy Link: