Siasatan nak selesai! Pisau bunuh Siti Nur Surya ditemukan!
Published bySIASATAN kes pembunuhan membabitkan seorang rakan baik, Siti Nur Surya Ismail, 19, yang ditemukan mati dibunuh di rumahnya pada Ahad, 1 November 2020 hampir, selesai apabila polis menemukan sebilah pisau pemotong sayur, selepas sehari suspek ditahan reman. : KItaReporters
SUSPEK direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Marang, Terengganu bermula 3 November 2020. - Kredit foto: Bernama
ALLAHYARHAM SITI NUR SURYA ISMAIL
Lagi cerita-cerita berkaitan Siti Nur Surya Ismail:
https://kitareporters.com/search?search=nur+surya
Suspek merupakan seorang pelajar yang juga berusia 19 tahun itu kini ditahan reman selama tujuh hari oleh Hakim Mahkamah Majistret Marang, Terengganu, Engku Nurul Ain Engku Muda bermula pada Selasa, 3 November 2020.
Pisau tersebut yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kes pembunuhan itu ditemukan di tepi lebuh raya Telemong, Hulu Terengganu kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian.
Siti Nur Surya ditemui mati dengan kesan beberapa tikaman pada badan serta hampir putus pergelangan tangan kiri di rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Telemong oleh adiknya, Nur Liana Syuhada, 15, kira-kira pukul 2.30 petang pada hari kejadian itu.
MOHD ADLI MAT DAUD
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata kes siasatan itu hampir selesai kerana senjata tajam yang dipercayai berada di rumah mangsa itu telah digunakan oleh suspek dalam pembunuhan tersebut.
Menurutnya, pisau pemotong sayur itu merupakan salah satu bahan bukti untuk mendakwa bahawa suspek terbabit.
``Polis juga memanggil hampir 20 saksi termasuk keluarga suspek dan mangsa untuk memberi keterangan mengenai kejadian tersebut,’’ katanya ketika ditemui selepas Operasi Bersepadu Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 di Hulu Terengganu malam tadi Jumaat, 6 November 2020.
NUR Liana Syuhada Ismail menyiram air mawar di pusara kakaknya.
Kes pembunuhan yang penuh tragis membabitkan rakan satu sekolah itu dipercayai berpunca daripada suspek yang tidak berpuas hati ke atas mangsa lalu menyebabkan suspek menyerang Siti Nur Surya dengan suspek mengambil sebilah pisau yang berada di tempat kejadian untuk membunuh mangsa.
Kejadian itu
berlaku ketika mangsa hanya tinggal bersama ibunya yang berumur 55 tahun hidup
terlantar di katil akibat menghidapi kanser otak manakala bapa serta adik
beradiknya yang lain tiada di rumah.
Polis mengesyaki suspeek yang merupakan pelajar tingkatan enam di sebuah sekolah di daerah itu terbabit dengan kes pembunuhan berkenaan berdasarkan rakaman CCTV di sebuah rumah burung yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian.
CCTV tersebut menunjukan suspek bersama sebuah motosikalnya pergi ke rumah Siti Nur Surya kira-kira pukul 9.30 pagi pada hari kejadian tersebut.
Sebelum kejadian itu, tular cerita mengenai suspek menghadapi
masalah kewangan untuk menbayar hutang seorang kawannya sejumlah RM900 dan menyebabkan suspek pergi ke rumah mangsa untuk meminjam wang.
Pelajar tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan dengan kesalahan tersebut. - KitaReporters