Kredit foto-foto: FB Badminton Association of Malaysia - BAM


PERJALANAN skuad badminton negara terhenti pada suku akhir apabila tersungkur di tangan India 2-3 dalam saingan Piala Thomas yang berlangsung di Bangkok, Thailand malam tadi (12 Mei 2022).

Kejayaan India ini juga merupakan satu sejarah untuk mereka setelah hampir 40 tahun tidak pernah ke separuh akhir. Malaysia pula kali terakhir merasa pentas separuh akhir edisi 2016 dahulu ketika berlangsung di Kunshan, China. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan badminton


Mata pertama Malaysia tetap terletak pada pemain pertama perseorangan negara dan jika ia kalah, bermakna untuk Malaysia terus ke pusingan seterusnya juga makin tipis. Persoalan dia sampai bila perlu begini. 

Malaysia mengutip mata pertama menerusi pemain perseorang negara, Lee Zii Jia apabila mudah mencatat kemenangnan straight set ke atas Lakshya Sen 23-21, 21-9. 

Namun India berjaya bangkit mengalahkan regu pertama dan perseorangan kedua negara sekali gus letak India di hadapan 2-1 dan membuka peluang lebih cerah untuk India layak ke separuh akhir. 



Beregu kedua menghidupkan kembali harapan negara apabila pasangan Aaron Chia-Teo Ee Yi berjaya mencatat kemenangan dalam perlawanan ini, sekali gus membawa kedua-dua negara ke pusingan penentuan menerusi perseorang lelaki ketiga negara. 

Malaysia terpaksa akur apabila Leong Jun Hao gagal memberi saingan sengit dan gagal membawa Malaysia ke separuh akhir apabila kalah mudah kepada lawan beliau, H.S Pranoy 13-21, 8-21. 



Kegagalan Malaysia ke separuh akhir ini bermakna 3 kali edisi berturut-turut Malaysia sangkut pada suku akhir meskipun bermula dengan juara kumpulan dalam edisi kali ini. 

Penyakit badminton negara nampaknya masih sama sejak dahulu apabila terpaksa menunggu sehingga pemain kelima untuk menentukan pasukan Malaysia mampu pergi ke peringkat seterusnya atau sebaliknya. 

Malaysia masih gagal membentuk sebuah pasukan yang jitu di mana kelima-lima pemain tidak akan hadapi masalah ketika turun dan bukannya hanya bergantung pada beberapa pemain sahaja

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu melakukan sesuatu jika ingin melihat Malaysia terus jadi pasukan pencabar juara bukan jadi  laluan mudah untuk pasukan negara lain ke separuh. 

Kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber berlangsung dari 8 hingga 15 Mei 2022. - KitaReporters


Kredit foto-foto: FB Badminton Association of Malaysia - BAM

6
13
0
11
0

Copy Link: