Kejayaan Quan Hongchan mengondol emas acara terjun acara 10 meter platform individu wanita di sukan Olimpik Tokyo 2020 mendapat perhatian dunia. - Kredit foto: BBC.com.


Kredit foto: insider.com


KEJAYAAN penerjun muda China, Quan Hongchan menggondol pingat emas acara terjun 10 meter platform individu wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 bukan sahaja mencuri perhatian dunia,  tetapi turut "mengubah" kampungnya di Maihe,  Wilayah Guangdong, China menjadi lokasi tarikan pelancongan sehingga terpaksa ditutup.

Menurut South China Morning Post,  kampung penerjun berusia 14 tahun itu bukan sahaja 'dihujani' masyarakat negara tersebut yang bermurah hati untuk memberi hadiah,  malah turut 'diserbu' oleh pengguna media sosial
Difahamkan peminat dan vlogger (video blogger) berduyun-duyun datang ke kampung tersebut tanpa menyedari kedatangan mereka telah menimbulkan masalah kepada jiran dan keluarga Hongchan sendiri

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sukan Olimpik


Rumah Quan Hongchan di Maihe,  Wilayah Guangdong menerima kunjungan peminat dan pengamal media sosial selepas kejayaannya di Olimpik Tokyo 2020. - Kredit foto: yahoo.news


Kehadiran orang ramai dikatakan telah menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas serta menganggu rutin seharian penduduk selain turut menghalang usaha mengekang penularan Covid-19 di kampung tersebut. 
Bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 langkah menutup kampung tersebut kepada orang luar termasuk saudara-mara Hongchan sendiri telah diambil berikutan terdapat sebilangan besar dalama kalangan mereka yang  datang mengabaikan prosedur operasi standard (SOP).
Laporan juga mendakwa terdapat dalam kalangan 'live-streamers' (penstrim langsung) yang memanjat pokok buah-buahan yang ditanam di kawasan rumahnya dan mengambil buah nangka sebagai cenderahati.

Malah penduduk kampung mendakwa terdapat individu yang datang ke kampung berkenaan bagi melakukan 'livestreaming' (penstriman secara langsung) sehingga tengah malam atau dalam keadaan cuaca hujan membuatkan mereka berasa terganggu.


Hongchan selepas upacara penyempaian pingat acara terjun 10 meter platform individu wanita di sukan Olimpik Tokyo 2020. - Kredit foto: inf.news


Hongchan mencuri tumpuan dunia setelah beraksi cemerlang selepas melakukan terjunan sempurna dan meraih 10 markah dalam tiga terjunan ketika pusingan akhir acara terjun 10 meter platform individu  wanita untuk mengumpul keseluruhan 466.20 mata di sukan Olimpik Tokyo 2020.

Selepas kemenangannya, Hongchan mendedahkan dia mahu 'mengumpul banyak wang' untuk merawat penyakit ibunya selain mengunjungi taman hiburan yang tidak pernah dikunjunginya sebelum ini.

Sebuah hospital di kampung halamannya Zhanjiang mengumumkan minggu lalu mereka akan menyediakan rawatan lengkap buat ibu selain datuknya.

Pegawai hospital itu berkata mereka bangga dengan kejayaan juara Olimpik itu dan bersedia untuk membantu keluarganya.


Quan Wenmao. - Kredit foto:   South China Morning Post.


Selain itu, Hongchan turut ditawarkan pelbagai hadiah dan bapanya, Quan Wenmao turut mengesahkan bahawa dia ditawarkan sebuah rumah flat, hartanah dan wang 200,000 yuan (RM 130,704), namun bapanya enggan menerima pemberian tersebut

Katanya dia berterima kasih kepada mereka di atas segala pemberian tersebut, tetapi tidak akan mengambil apa-apa atau satu sen pun. - KitaReporters


Hongchan merupakan atlet termuda kontinjen China di temasya Olimpik Tokyo 2020. - 

Kredit foto: CGTN

0
1
0
0
0

Copy Link: