``KEJADIAN ribut kencang itu berlaku hanya sekelip mata dan ia terjadi dalam masa lima minit sahaja kesemua 28 buah rumah peneroka Felda kawasan ini musnah akibat bencana alam itu. Sebelum itu, hujan lebat serta angin kencang melanda ke rumah para peneroka terbabit menyebabkan kebanyakan atap berterbangan dibawa angin kencang itu, '' kata Ketua Peneroka Felda Chalok Barat, Setiu, Terengganu, Mahadi Mohamad ketika dihubungi.

Penyelaras DUN Langkap melawat rumah serta bertanya khabar mangsa bencana alam di Felda Chalok Barat, Setiu, Terengganu.


Lagi cerita-cerita berkaitan Felda:

https://kitareporters.com/search?search=Felda


Kejadian yang tidak disangkakan oleh penghuni Felda itu berlaku kira-kira pukul 5 petang, semalam 24 September 2020 lalu itu turut memusnahkan peralatan lain seperti almari, kerusi dan dinding rumah mereka  yang dianggarkan mengalami kerugian RM500 hingga RM3,000 seorang

Mahadi berkata, kebanyakan peneroka terbabit termasuk rumah anak peneroka di kawasan Felda itu mengalami kerugian kerana atap serta dinding rumah mereka rosak kerana ribut itu.

Atap rumah peneroka yang rosak akibat bencana alam itu


Mahadi Mohamad


Menurut Mahadi, mereka adalah sebahagian daripada 343 keluarga peneroka di kawasan itu dan kejadian ribut  berlaku melanda  di beberapa blok Felda Chalok Barat, Setiu. 

``Buat masa ini pihak kami sedang membuat bancian ke atas rumah peneroka yang mengalami kerugian itu dan kami akan menghantar laporan ini ke Pejabat Felda Wilayah Terengganu secepat mungkin untuk tindakan selanjutnya,'' ujarnya.

Badriah Che Omar turut melawat ke rumah mangsa ribut di Felda Chalok Barat, Setiu, Terengganu.


Berikutan dengan kejadian itu, Ketua Unit Komuniti Felda Wilayah Terengganu, Badriah Che Omar serta beberapa pegawainya telah melawat ke rumah mangsa bencana alam untuk diagihkan sebarang bantuan  mengikut kerugian mereka.

Turut mengiringi lawatan Ketua Unit Komuniti Felda dalam  masa selama hampir tiga jam itu ialah Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Langkap.

``Kita memang bersimpati dengan nasib peneroka yang rumah mereka rosak kerana angin serta ribut kencang ini dan Insya Allah pihak Felda akan cuba seberapa upaya untuk mengatasi masalah mereka dalam masa terdekat ini,'' katanya.

Salah sebuah rumah peneroka yang rosak kerana ribut kencang di Felda Chalok Barat, Setiu, Terengganu.


Jamal Harun


Sementara itu, seorang peneroka terbabit, Jamal Harun, 55, dari Blok 10 Felda Chalok Barat berkata ketika kejadian itu berkata beliau bersama keluarganya sedang berehat-rehat di ruang tamu rumahnya.

Beliau berkata angin kencang itu datang secara tiba-tiba menyebabkan rumah kediamannya beberapa kali bergegar akibat tiupan angin kencang berserta hujan lebat.

``Ketika dalam keadaan cemas itu, saya melihat beberapa keping atap rumah saya berterbangan di tiup angin dan kejadian saya mengalami kerugian hampir RM1,200 kerana 12 keping atap serta kerusi di rumah saya rosak,'' katanya. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: