Kenapa tak boleh buka pintu? Ingat kereta pak cik! Rupanya..

Published by
KitaReporters

DALAM keadaan tertentu kadangkala membuatkan kita tidak dapat berfikiran lebih panjang sebab kita yakin apa yang kita lakukan itu betul. Contoh macam kes seorang pak cik ini apabila beliau memikirkan bahawa kereta itu adalah kereta beliau. Sekali nah, tersilap kereta la!!! Aduhhh, patut la cuba buka pintu tak boleh!!! : KitaReporters


Kredit video: Twitter @InnaKoha


Video yang dikongsi oleh Inna Koha dalam akaun Twitter miliknya itu memperlihatkan bagaimana reaksi pak cik itu apabila tersilap pilih kereta. 

Mesti pak cik itu ingat itu kereta dia. Ye lah, dah warna semua sama. Mesti lah ingat kereta kita. 

Maklumlah pak cik itukan tengah bercakap dengan kawan dia ketika itu, jadi fokus pun kurang.

Kalau kita pun, kadang-kala pun boleh tersilap. Lumrahlah tu.

Tapi reaksi kawan pak cik itu pun terpingga-pingga tengok pak cik berlalu pergi ke kereta lain pula. 

Pak cik baju merah tu pun gelakkan aksi tersebut. Comel je reaksi mereka ini. 

Video berdurasi 30 saat itu telah ditonton lebih 280 000 tontonan.




Dalam pada itu, video yang dikongsi ini juga mendapat perhatian netizen apabila ada yang turut berkongsi kisah mereka sama seperti pak cik itu.

Ni bukan kes pelanduk dua serupa, tapi Perodua dua serupa!! - KitaReporters




0
0
0
6
0

Copy Link: