SIAPA sangka usaha empat wanita dari Indonesia mencari rezeki di negara ini selepas peluang kerja di tanah kelahiran mereka dihentikan kerana wabak yang melanda dunia itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mereka terpaksa melalui pengalaman sampai bertarung nyawa untuk terus hidup.

Empat wanita terbabit dikenali sebagai Sandra, Susila, Nanih dan Desi sehingga akhirnya mengambil keputusan nekad 'terjun' dari tingkat 3 rumah ejen mereka untuk melarikan diri jam 2 pagi, pada 18 Disember 2021 lalu. 

Mereka 'dijual' sebanyak dua kali - satu oleh ejen dari negara sendiri dan sekali lagi ketika mereka dalam proses menyelamatkan diri


Lagi kisah-kisah jenayah berkaitan penderaan


Terima kasih Pkuf membantu wanita-wanita yang sangat trauma itu kerana dilayan bak haiwan.


Mereka mendakwa dikurung selama dua bulan dengan makan minum diabaikan, selain dikeji dengan kata-kata kesat dan dilayan seperti haiwan menyebabkan mereka nekad membuat keputusan untuk 'terjun' dari tingkat tiga untuk melarikan diri.

Ibarat keluar mulut singa masuk ke mulut buaya, dari satu tangan ke tangan lain, nasib mereka diperjudikan. 

Nasib baiklah mereka berempat dan berjaya menyelamatkan diri selepas terjun daripada terus menderita dan dikurung dengan penderaan mental.

Malang sekali lagi nasib buruk  terus menimpa mereka yang sangka sudah diselamatkan selepas seorang  lelaki berbangsa Cina menemui mereka di tepi jalan dan menghantar ke surau

Setelah dihantar ke sebuah surau, sekali lagi mereka 'dijual' pula oleh seorang pak lebai yang pada mulanya sanggup membantu memberi tempat menumpang sementara.


Pilihlah... Wanita itu diberikan baju yang diinfaqkan oleh dermawan.


Ketika menceritakan kisah pahit itu, Nanih berkata pada mulanya yang berbangsa Cina itu menghantar mereka ke masjid, malangnya tutup. Orang itu kemudian membawa mereka ke surau dengan harapan dibantu oleh jemaah di situ.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga bila mereka ingatkan sudah selamat tetapi sekali lagi dijual RM200 oleh orang pak lebai kepada rakannya yang juga ejen pengambilan pekerja asing.

Pak lebai itu mulanya membantu mereka tapi mampu memberi makan sehari sahaja sebelum menghantar mereka ke rumah rakannya itu.

Sandra dari Bali berkata, pak lebai itu meminta ganti rugi RM200 dari rakan ejennya, upah makan minum. Akibatnya, semua wanita itu menghubungi keluarga mereka di Indonesia yang memindahkan wang 600,000 rupiah untuk membayar ganti rugi itu. Jika tidak, mereka tidak dibenarkan meninggalkan rumah lelaki itu.



Menurut Sandra lagi, mereka tertarik untuk menerima tawaran pekerjaan di Malaysia selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negaranya, mereka tidak lagi mempunyai pekerjaan dan ejen menawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah dan pelbagai pekerjaan lain yang bersesuaian. 

Tiga lagi wanita itu berasal dari Jawa dan masing-masing mempunyai kerja tetap. Ada yang bekerja sebagai jurujual kenderaan, di pusat khidmat dobi dan kerja bersendiri. Mereka terpikat untuk ke negara ini selepas mendengar ramai rakan pulang dengan 'kekayaan' luar biasa.

Ini kerana gaji di sini ditawarkan lebih RM1,300 hingga RM1,500 sebulan (2 juta rupiah) dan mampu digunakan untuk membiayai kehidupan dan membayar hutang piutang.  


Pengerusi Pkuf, Murniati Ati kerap diminta membantu warga perantau yang lari menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.


"Kami datang ke Malaysia menaiki pesawat dengan tiket ditanggung oleh ejen. Malangnya kami tidak bawa wang. Sejak awal saya sudah berasa tidak senang hati tetapi disebabkan berempat, kami berharap dapat saling membantu," kata Nanih.

Sebaik sampai di rumah ejen yang terdiri daripada suami isteri berusia 60 dan 73 tahun, keempat-empat wanita itu terus dikurung dalam banglo tiga tingkat.

Mereka kemudian dikerah bekerja dari jam 6 pagi hingga 12 malam, tanpa diberi makanan dan tidak dibenarkan solat.

Di sinilah kisah sedih mereka bermula. Wanita itu hanya diberi dua keping roti untuk sarapan pagi dan makan tengah hari antara jam 3 atau 5 petang dengan nasi bercampur sayur atau seadanya.

Selama dua bulan dikurung  tanpa sebarang gaji malah diherdik dan dicaci maki dengan. Jika masakan tidak sedap, pasangan itu akan mencampak lauk berkenaan sambil memaki hamun dengan kata-kata kesat itu.

"Mereka tidak benarkan kami menangis bila kena maki. Kami juga diminta memasak daging khinzir dan tidak benarkan menghubungi keluarga di kampung. Apa yang paling kami sedih ialah setiap hari mendengar kata-kata keji, kesat dan seolah-olah kami ni seperti haiwan," katanya.  


Kisah sedih daripada mahu mencari rezeki yang halal tiba-tiba didera mental.


Wanita-wanita itu masing-masing ada suami dan mempunyai anak antara seorang hingga tiga. Seorang wanita itu memiliki anak berusia enam tahun.

Kata Nanih, kira-kira jam 2 pagi, mereka mencungkil pintu tingkap kaca dan masing-masing menggunakan tangan untuk digenggam oleh seorang demi seorang untuk turun dari tingkat 3 hingga ke tangga yang bersebelahan tingkap berkenaan dan memanjat pagar sebelum melarikan diri. 

Disebabkan ketakutan seorang daripada mereka melarikan diri dengan sehelai sepinggang.

Akhirnya keempat wanita itu berjaya menghubungi petugas yang bekerjasama dengan Kedutaan Indonesia untuk menghubungi Pengerusi Pertubuhan Ukhwah Fillah (Pkuf), Murniati Usman @ Umi Ati yang membayar tambang sewa kereta Grab Car RM105 dari Petaling Jaya sehingga ke Rawang.

Ketika ditemui keempat-empatnya dalam trauma kerana penderaan mental dan kebajikan makan minum dan perubatan mereka tidak dipedulikan oleh ejen berkenaan. - KitaReporters


11
13
0
8
0

Copy Link: