Berita Terkini| Bas ekspres terbalik! 14 cedera termasuk pemandu! Mengantuk disyaki jadi punca
Published byBas ekspres dalam perjalanan dari Kulim ke Kuala Lumpur terbalik setelah terbabas di Kilometer 265 Lebuh Raya Utara Selatan awal pagi 4 April 2021. - Kredit foto: Ihsan JBPM Perak
SERAMAI 14
individu termasuk pemandu cedera setelah bas ekspres dinaiki mereka terbabas
sebelum terbalik dalam longkang di Kilometer 265 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
arah selatan, berhampiran Terowong Menora, Ipoh pada awal pagi Ahad, 4 April 2021.
Kemalangan
berkenaan melibatkan mangsa berusia antara 14 hingga 59 tahun dan bas tersebut
dalam perjalanan dari Kulim menghala ke Kuala Lumpur.
Jurucakap
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata panggilan kecemasan
diterima pada jam 2.22 pagi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru
Raya dengan bantuan BBP Ipoh dikejarkan ke lokasi.
“Bas ekspres
tersebut terbabas sendiri di bahu jalan dan kemalangan tidak membabitkan
kenderaan lain. Bomba mengeluarkan kesemua mangsa dari bas berkenaan termasuk
menggunakan katil pengusung.
“Kesemua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menerima rawatan lanjut. Operasi menyelamat berakhir jam 4.39 pagi,” katanya menerusi satu kenyataan media pada 4 April 2021.
Sementara
itu, memetik laporan Sinar Harian Online, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh,
Superitendan Mohamed Nordin Abdullah berkata berdasarkan siasatan awal
kemalangan dipercayai berpunca apabila pemandu bas berkenaan yang berusia 37 tahun itu mengantuk serta
terlelap. - KitaReporters