Video| Kerana hilang sabar! Bapa mentua tetak menantu sendiri! Hanya kerana jawab 'tidak tahu'!
Published byGara-gara hilang sabar apabila diberi jawapan ‘tidak tahu’, telah membuat ayah mentua, dikenali sebagai Bukiman, 70, menetak menantunya, Hori, 30, ketika sedang menunaikan sembahyang maghrib.
“Pelaku adalah bapa mentua mangsa yang menetak leher mangsa dengan calok. Ketika itu, mangsa sedang menunai solat maghrib dengan kedudukan sujud," kata Ketua Hubungan Masyarakat Polis Daerah Bangkalan, AKP Arif Djunaidi, pada Ahad, 11 April 2021.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mentua
Beberapa jam sebelum peristiwa penetakan berlaku, Bukiman menanyakan wang kiriman daripada anaknya, Ma’i yang merantau di Malaysia.
Pertanyaan tentang wang kiriman daripada anaknya itu juga dilontarkan kepada isterinya Marasi dari pagi hingga tengah hari.
Menurut Arif, kekecewaan Bukiman memuncak ketika pertanyaan serupa dilontarkan kepada anak perempuannya, Kartina beberapa saat selepas waktu maghrib. Namun dijawab oleh menantunya, Hori dengan kalimat ‘tidak tahu’.
Kalimat ‘tidak tahu’ itu membuat kemarahan Bukiman memuncak. Dia lalu mengambil senjata dikenali sebagai calok bagai dirasuk menetak leher menantunya yang sedang sujud sembahyang maghrib.
“Baik isteri, anak perempuan (isteri mangsa), dan menantunya atau mangsa Hori menjawab tidak tahu".
Mendapatkan serangan daripada mentuanya, menurut Arif, mangsa sempat berlawan dengan mertuanya.
Seorang jiran bernama Tabri terpaksa campur tangan dan berjaya merampas calok daripada Bukiman.
Usaha tersebut berhasil dilakukan setelah lelaki bernama Tabri turut membantu dan berhasil merebut calok daripada tangan Bukiman.
Hori mengalami kecederaan pada bahagian lehernya selepas ditetak oleh bapa mentuanya. - Kredit foto: today.line.me
Hori mengalami luka pada bahagian leher bawah kanan sepanjang 15 sentimeter dan kedalaman 8 sentimeter.
“Beberapa anggota keluarga dan sejumlah penduduk menghantarkan Hori ke sebuah klinik di Desa Banyior, Kecamatan Sepulu, Kabupaten Bangkalan, kemudian dirujuk ke Hospital Syamrabu,Bangkalan,” kata Arif.
Menurut Arif, polis akan mendakwa Bukiman di bawah akta penganiayaan dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun. - KitaReporters