Usia dah 75 tahun! Tapi masih kuat untuk beri tumbukan padu!

Published by
KitaReporters

MENGINJAK usia senja, pastinya tiada pergerakan yang banyak dilakukan sebaliknya hanya menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan aktiviti ringan selain berehat di rumah. Namun berbeza dengan guru tinju kepada bekas peninju WBA Australia, Danny Green yang masih bertenaga dan kuat menumbuk. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan warga emas:

https://kitareporters.com/search?search=warga+emas


Patrick Devellerez yang kini menginjak usia 75 tahun masih bertenaga dan mampu mengalahkan anak muda.

Danny yang berkongsi video bekas guru tinju pertamanya yang bertanggungjawab membawa dirinya ke dunia tinju itu menzahirkan rasa bangga dengan kelebihan yang dimiliki bekas gurunya itu.

Namun siapa sangka Patrick masih mampu melakukan aktiviti tersebut pada usianya hari ini. 



MASIH tersenyum selepas melakukan aksi-aksi tinju pada pad tinju secara berterusan tanpa henti. - Kredit foto: Instagram @dannygreen.boxer


“Lelaki ini adalah Legenda Patrick Devellerez yang kini menginjak usia 75 tahun tapi masih lagi kuat. Beliau adalah pelatih tinju pertama saya. Beliaulah insan yang menjadikan saya pada hari ini. Saya sayangkan beliau," tulis Danny dalam Instagram.

Video berdurasi 31 saat itu jelas menunjukkan aksi-aksi Patrick yang menumbuk pad tinju tersebut bertubi-tubi tanpa berhenti pun. Kongsi Danny, seseorang individu secara puratanya membakar hampir 400 kalori ketika berlatih meninju pada beg atau pad tinju selama satu jam. 

Memang hebat!!!

BERSAMA guru pertama yang membawa dirinya melangkah ke dunia tinju suatu masa dahulu. 


Menariknya beliau mampu tersenyum selepas menghabiskan pukulannya.

Kongsi peninju Australia yang berusia 47 tahun itu, dia sangat bertuah kerana Patrick yang memberi peluang dirinya mengintai diri dalam dunia tinju. Malah warga emas itu juga turut memberikannya asas terbaik dalam dunia tinju selain mendidik dirinya memberikan tumbukan yang padu.

Malah Danny memberitahu gurunya sering meminta dia untuk terus berusaha keras supaya menjadi peninju yang hebat.

“Kini semua yang diidamkan sudah menjadi reality dan saya bersyukur kerana sokongan padu daripadanya menjadikan diri saya pada hari ini,” kongsinya lagi. - KitaReporters

3
1
0
0
0

Copy Link: