DI NEGARA kita umur sesuai untuk mendapatkan lesen motosikal adalah 16 tahun, manakala 17 pula layak untuk memiliki lesen memandu.

Walaupun ditetapkan umur 16 tapi ada juga seawal usia 10 tahun sudah tahu menunggang motosikal.

Terbaharu tular dalam media sosial seorang budak lelaki lingkungan usia 8 atau 9 tahun menunggang motosikal milik keluarganya.

Mungkin menunggang dengan laju ketika melalui kawasan selekoh budak berkenaan terbabas dan melanggar pagar sebuah rumah sehingga menyebabkan pintu pagar rosak dan motosikal pula tersangkut di celahan pagar berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan motosikal

Kredit foto-foto: Video TikTok Hello Kelantan


Perkongsian menarik itu dimuat naik pengguna Tiktok @ hellokelantan, video yang berdurasi 44 saat itu menunjukkan seorang budak berkenaan panik apabila motosikal yang ditunggangnya itu terbabas dan melanggar pintu pagar rumah jirannya sehingga rosak.

Alamak…camne nih!

Dalam keadaan muka cuak dan takut, budak tersebut terpaksa meminta tuan rumah membantu mengalihkan motosikalnya namun enggan membantunya. Malah dengan jelas kedengaran budak itu dalam ketakutan.

Mungkin takut dimarahi tuan rumah dan juga ibu bapanya selepas mengatahui kejadian yang berlaku.




Tuan rumah pula yang mungkin berada di kawasan itu terus keluar dan melihat kesan kerosakan pagar itu sebelum merakam reaksi budak yang panik berkenaan.

Pada awalnya dia mencuba sendiri mengangkat motosikal berkenaan namun gagal.

“Abe tolong la meta,” ujarnya dalam keadaan panik.

Walaupun nampak kemalangan yang berlaku adalah kecil dan tidak melibatkan nyawa namun jika dibiarkan menunggang motosikal di bawah usia akan memberi risiko.

Mungkin kali ini terlepas tetapi jika dibiarkan membuatkan si anak kecil tadi lagi berani.

Inilah tanggungjawab orang dewasa untuk mengawasi pergerakan anak-anak mereka terutama pada musim PKP ini apatah lagi semasa sekatan penuh pergerakan (SPP) atau total lockdown. - KitaReporters


1
0
0
0
0

Copy Link: