Putera William berpindah ke Istana Buckingham? Sebab Putera Charles enggan tinggalkan rumahnya!
Published byUcapan Hari Bapa dari pasangan diraja melalui Twitter mereka.
MUNGKINKAH ada perkhabaran gembira buat Putera William yang telah menyambut keputeraannya yang ke-39 pada 21 Jun, 2021 lalu apabila hasrat rakyat Britain supaya William dan Kate Middleton segera menjadi `raja dan ratu` mereka macam `dimakbulkan` apabila pasangan itu dikatakan mungkin ditawarkan berpindah ke kediaman rasmi negara, Istana Buckhingham.
Dengar ceritanya, Putera Charles enggan berpindah dari kediamannya sekarang di Clarence House walaupun dia sudah menaiki takhta menggantikan ibunya, Ratu Elizabeth II dengan alasan enggan memindahkan barangan dari kediamannya. Dan banyak majlis keraian diraja termasuk menerima bekas Presiden Donald Trump dan isterinya diadakan di istananya sekarang.
Istana Buckingham adalah kediaman rasmi kerabat diraja dan pada masa ini, William serta Kate Middleton yang juga Duke and Duchess of Cambridge menghuni Istana Kensington, Puteri Diana.
Tempat tinggal William dan Kate serta tiga putera dan puterinya, George, 7, Charlotte, 6, dan Louis, 3, adalah di Apartmen 1A, Istana Kensington dan sesekali menghabiskan masa di rumah Anmer Hall di Norfolk.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Putera William
Putera William sudah bersedia menjadi raja. - Gambar Majalah Hello.
Istana Buckingham. - Kredit foto: Wikipedia
Agensi media Express UK melaporkan Putera William mungkin berpindah ke istana rasmi itu walaupun tidak menjadi raja kerana Putera Charles tidak berminat menduduki Istana Buckingham. Istana itu digunakan sebagai kediaman rasmi diraja sejak 1837 apabila Ratu Victoria berpindah dari Istana St James.
Putera Charles memilih Clarence House sejak tahun 2002, bersama Camilla, Duchess of Cornwall. Clarence House sebelum ini tempat tinggal neneknya. Bagaimanapun, Putera Charles sebenarnya lebih banyak menghabiskan masa di kediamannya di Estet Highgrove.
Belum pun menaiki takhta Putera Charles dilaporkan sudah menunjukkan belangnya dengan enggan mengurniakan gelaran diraja Putera Puteri kepada cucunya, anak-anak Putera Harry yang berkahwin dengan aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle.
Pasangan Megxit baru dikurniakan seorang puteri, Lilibet Diana baru-baru ini. Kurniaan gelaran diraja tidak boleh dibuat oleh Ratu Elizabeth kerana ia satu keistimewaan Putera Charles apabila dia menaiki takhta nanti.
Charles dikatakan kekal dengan pelan pembaharuan istana, mahu mengecilkan jumlah kerabat diraja bekerja dan `marah` dengan tindakan Putera Harry yang `membuang` istana untuk hidup sebagai rakyat biasa.
Rumah Clarence (Clarence House) - Kredit foto: Daily Express
Malah sikap `keras kepala` anak keduanya itu terserlah apabila temu ramah secara terbuka dengan Oprah Winfrey, dia memberitahu ayahnya tidak mahu mengangkat telefon dan membongkar sikap serta `kejelikan` sistem istana yang memberi tekanan mental kepadanya kemudian menimpa Meghan.
Manakala dalam laporan majalah Hello sempena keputeraan William, Kate dijangka mengaturkan pelan untuk menghabiskan masa bersama tiga anak mereka.
Sebagaimana kata penulis diraja, Kate Nicholl, Duchess of Cambridge akan berusaha membuatkan William terasa dihargai selepas dia melalui beberapa detik pahit tahun ini. Ini termasuk penghijrahan adiknya, Harry ke California dan kematian datuk mereka, Putera Philip.
Istana Kensington. - Kredit foto: Glamour.com
Sementara itu laporan terbaru The International News menyatakan William dan Kate ini sedang mencari kediaman baru untuk dijadikan tempat tinggal mereka. Mereka sudah ada dua kediaman tetapi mereka kini bersedia untuk menambahkan hartanah ketiga.
Bagaimanapun kali ini, laporan itu menyebut pasangan itu sedang mencari hartanah sekitar Berkshire sebagai kediaman keluarga dalam usaha mendapatkan sekolah terdekat untuk tiga anaknya. Kate dibesarkan di Berkshire dan ibu bapanya, Carole dan Michael Middleton masih lagi menetap di situ, Bucklebury Manor. - Kitareporters