Video| Anak saman ibu sendiri! Ibu kata kerana kereta! Anak kata agar ibu bapa kembali bersatu
Published bySEDIH.. Dewi Firdauz terlalu kecewa dan tidak menyangka anak kandungnya sanggup memberi saman kepadanya. - Kredit foto: Tribunnews.com
SUDAH menjadi perkara wajib bagi seorang anak lelaki untuk menjaga orang tuanya apabila usianya semakin lanjut selain menghormati sepanjang hayat ibu bapa itu.
Namun berbeza pula kisah seorang wanita dari Semarang Barat, Kota Semarang, Indonesia itu apabila disaman oleh anak kandungnya sendiri gara-gara meletakkan nama pada permit kenderaan yang dibeli wanita itu menggunakan nama anak lelakinya, Alfian Probowo.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Indonesia:
https://kitareporters.com/search?search=Indonesia
Memetik laporan regional.kompas.com, Dewi Firdauz membeli kenderaan jenis Toyota Fortuner menggunakan hasil titik peluhnya yang berkhidmat sebagai penjawat awam di republik berkenaan.
Namun ketika membeli kereta itu, Dewi Firdauz sengaja meletakkan
nama anak lelaki sebagai pemilik kenderaan berkenaan kerana belum menukarkan lagi
nama kenderaan lama yang dijual.
PEGUAM Alfian, Caesar Fortunus menunjukkan dokumen sebagai persediaan untuk memberi sama kepada ibu kandungya sendiri.
“Saya beli Fortuner itu di Kota Semarang pada 2013 dan ketika itu saya baru menjual Toyata Yaris dan belum menukarkan nama jadi saya letak nama anak lelaki kandung sebagai pemilik terhadap Fortuner yang baharu dibeli itu.
“Tapi hari ini, Alfian meminta bayaran sewa dengan saya kerana merasakan dia adalah pemilik yang sebenar dan meminta mengembalikan kenderaan sekiranya tidak mampu membayar sewa berkenaan,” kongsinya.
Malah Dewi berkata sehingga kini jumlah keseluruhan sewa kereta berkenaan mencecah 200 juta rupiah (RM57,447).
Tambah Dewi, anak kandungnya yang berusia 25 tahun itu juga mengugut akan menyita kediamannya yang diduduki hari ini sekiranya enggan membayar sewa sebagai jaminan kepadanya.
Subhanallah tergamak kau nak! Itu bukan orang lain ibumu yang mengandung dan melahirkanmu ke dunia ini… Kenapa zalim sangat?
Dewi yang terlalu kecewa merasakan anaknya sudah melampau batas dan turut mempersoalkan di mana dia mahu tinggal jika rumah yang ada hari ini akan disita.
“Kalau mahu rumah ini disita jadi di mana saya mahu
berteduh? Sebagai anak sepatutnya dia menjadi pembela saya bukannya tergamak
melakukan perkara seperti yang dilakukan hari ini,” luah wanita berusia 52 tahun
itu lagi.
Terdahulu Dewi bercerai dengan suaminya Dr. Agus Sunaryu pada tahun 2019.
Dalam tuntutan berkenaan Alfian diwakili peguam Caesar Fortunus, manakala Dewi pula bersendirian membela nasib.
“Saya tidak akan menggunakan khidmat peguam kerana Allah adalah pembela saya dan Allah akan menemani ibu yang melahir dan membesarkan anaknya dengan ikhlas,” ujarnya penuh kecewa.
Sementara itu peguam Alfian berkata anak guamnya
bertindak sedemikian berikutan sangat kecewa dengan ibu bapa yang
sering bergaduh sehingga membuat keputusan untuk bercerai.
Malah tindakan yang diambil itu sebagai teguran kepada
kedua-dua orang tuanya supaya berdamai dan kembali bersatu.
Ooo… ada sebab rupanya si anak melakukan sedemikian, tapi rasanya tidak sesuai kes keluarga dihebah sehingga menjadi tular, sekali gus boleh menjejaskan maruah keluarga sendiri.
Sebaik berbincang secara baik dan berhemat. Ingatlah setiap masalah pasti ada penyelesaian! Banyak lagi cara untuk memberi teguran.
Semoga Dewi dan Alfian dapat duduk semeja dan
berbincang dengan baik dan membuat keputusan yang lebih baik dan matang. -KitaReporters