Video| Wali salah sebut nama! Datuk tersilap sebut nama cucu kembar semasa majlis akad nikah
Published by
KitaReporters
--title--
JIKA mempunyai anak kembar sama jantina, paras rupa dan kedudukan fizikal memang tidak boleh diubah. Namun beberapa perkara patut dilakukan bagi memudahkan ibu bapa dan kaum keluarga dan orang lain agar memudahkan mereka mengenali perbezaan antara kembar itu. : KitaReporters
Datuk tersilap sebut nama cucu kembarnya untuk dinikahkan. - Kredit foto: Twitter @NOYB
Antara perkara yang perlu dilakukan ialah memakai pakaian yang berbeza antara kedua-duanya. Satu lagi ialah elakkan pemberian nama dan nama panggilan yang hampIr bersamaan.
Pengantin perempuan bersama kembarnya. - Kredit foto: Twitter @ NOYB
Peristiwa majlis pernikahan di sebuah daerah di Selangor baru-baru ini perlu dijadikan pedoman masyarakat terutama bagi mereka yang punya anak kembar yang nama dan nama panggilan hampir bersamaan.
Seorang datuk yang berusia 84 tahun menjadi tok wali bagi pernikahan cucunya.
Pengantin perempuan mencium suaminya selepas majlis akad nikah. - Kredit foto: Twitter @ NOYB
Kerana sudah berusia, si datuk tersilap sebut nama si cucu yang bernikah. Yang hendak bernikah ialah si kakak, tetapi si datuk menyebut nama si adik.
Mujur pengantin lelaki tidak menyambut akad tersebut, sementara si kakak yang duduk di belakang memberi tanda ‘bukan dia’. Timbul suasana gelak ketawa hadirin dan akad nikah terpaksa dilakukan semula.
Dan peristiwa ini menjadi tular apabila dimuat naik oleh pemilik Twitter @eeficiancee atau noyb pada Khamis, 15 Januari 2021.
Lantaran, ini bukan cerita segmen Drama Sangat (tapi sesuai juga jika nak dijadikan drama bersiri). Nasib baik si pengantin lelaki prihatin nama bakal isterinya, Kalau tidak, dah jadi cerita lain. - KitaReporters
0
0
0
0
0