KESUKARAN mendapatkan akses Internet tidak menghalang untuk menoktahkan pengajian sebaliknya terus berusaha mencari jalan keluar. Itulah berlaku kepada 21 pelajar di Yogyakarta, Indonesia yang sanggup mendaki gunung berhampiran kawasan kediaman mereka bagi mengakses Internet semata-mata mahu mengikuti kelas dalam talian berikutan ketiadaan askes Internet di kawasan kediaman mereka. : KitaReporters

PELAJAR di Yogyakarta, Indonesia terpaksa mendaki gunung demi mendapatkan akses Internet bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. - Kredit foto: Kredit Tribun New


Bagusnya pelajar ini… ini baru dipanggil usaha tangga kejayaan!

Memetik laporan Tribun News, Yogyakarta memang menghadapi kesukaran untuk mendapat akses Internet.

Keadaan memaksa pelajar di kawasan itu memanjat Gunung Temulawak yang terletak di selatan kawasan itu bagi menyertai kelas yang diadakan secara dalam talian (online) selain menyiapkan tugasan yang diberikan oleh tenaga pengajar.

Situasi tersebut berlaku selepas sesi pembelajaran dihentikan buat sementara berikutan penularan COVID-19 yang melanda Indonesia dan seluruh dunia.

SEORANG pelajar menyediakan khemah bagi memberi keselesaan semasa menyiapkan tugasan.


Seorang pelajar di sebuah sekolah di Kampung Dusun Petir B. Desa Petir, Alodia Daffa Sinanta menyifatkan kesukaran mendaki gunung tidak menghalang untuk dia berbuat demikian walaupun pada bulan puasa.

Sementara itu, Ketua kampung yang juga merupakan bapa kepada Alodia memberitahu, sesi persekolahan terpaksa ditutup tetapi pihak sekolah dan universiti menerapkan pembelajaran secara dalam talian yang dilakukan di rumah masing-masing.

Namun disebabkan kesukaran mencapai akses Internet, sekumpulan pelajar sanggup mendaki demi tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran.

SEKUMPULAN remaja teruja dapat melayari Internet walaupun terpaksa berdepan kesukaran.


Katanya, keadaan tersebut menyebabkan anak-anak di kawasan ini terpaksa mendaki Gunung Temulawak yang tinggi dan terletak di selatan dusun.

Lebih menyedihkan, anak-anak berkenaan terpaksa menempuh perjalanan 250 meter untuk sampai ke puncak gunung berkenaan yang mencapai capaian Internet.

Hebatnya kalian.. tetap berusaha walaupun dalam keadaan sukar.

Beruntungnya kita rakyat Malaysia yang bebas melayari Internet di mana-mana sahaja. Semoga kita lebih bersyukur dengan kelebihan ini. - KitaReporter

 

11
0
0
0
0

Copy Link: