SUSPEK berbaju biru ditahan oleh polis kerana mengirimkan makanan sate yang beracun yang menyebabkan kematian seorang kanak-kanak berumur 8 tahun pada 25 April 2021. - Kredity foto: Kompas.com


AKIBAT berdendam dengan seorang pegawai polis, seorang wanita berumur 25 tahun ditangkap oleh polis apabila dia menghantar makanan sate yang mengandungi racun untuk membunuh Tomy melalui seorang penghantar makanan dalam talian, Bandiman, 36, pada 25 April 2021 lalu. 

Namun lain yang dirancang, lain yang terjadi.

Hasrat wanita dari Manjalengka, Jawa Barat untuk membunuh Tomy  berpangkat Arjun Inspektor Polis Satu (AIPTU) itu tidak kesampaian apabila mangsa tidak menerima kiriman makanan yang beracun potasium sianida tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan racun 


WANITA itu ditahan di rumahnya di Piyungani, Bantul, Yogyakarta pada 29 April 2021. -  Kredit foto: Kompas.com  



Tomy yang bertugas di Balai Polis Yogyakarta enggan mengambil sate yang diserah oleh Bandiman daripada kiriman wanita itu atas nama pengirim bernama Hamid kerana Tomy tidak mengenali pengirim (Hamid).

Apabila pegawai polis yang tinggal di Vila Bukit Asri, Sembungan, Kasihan, Kabupaten Bantul itu tidak menerima kiriman sate, dia menyuruh Bandiman membawa pulang makanan tersebut untuk berbuka puasa bersama keluarganya pada hari kejadian


BANDIMAN menunjukkan gambar anaknya, Naba Faiz Presatya yang meninggal dunia selepas makan sate yang dikirim oleh wanita terbabit, sedangkan hasrat suspek adalah untuk memberi makanan itu kepada Tomy bukan keluarga Bandiman.


Sebaik sahaja, Bandiman, isterinya Titik Rini, 34, dan dua orang anaknya memakan sate itu didapati salah seorang anaknya, Naba Faiz Prasetya, 8, muntah serta mulutnya berbuih sebelum mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Wirosaban.

Titik Rini pula muntah dan pengsan tetapi dia dapat diselamatkan oleh doktor, manakala Bandiman serta seorang lagi anaknya terselamat walaupun mereka makan sate itu  tetapi mereka tidak mengambil bersama kuah sate.

Ia berbanding dengan Naba Faiz serta isterinya makan sate tersebut bersama kuahnya yang mengandungi racun Potasium Sianida itu. 

Sekiranya Tomy mengambil sate itu kemudian makan bersama kuahnya sudah pasti dia terkorban.


BANDIMAN membuat laporan polis selepas anaknya mati makan sate yang mengandung racun dikirim oleh suspek  


TribunnewsBogor.com pada 2 Mei 2021 dipetik berkata, Ketua Polis Daerah Bantul, Arjun Komisaris Polis (AKP) Ngadi berkata suspek ditangkap selepas empat hari kejadian malang yang membabitkan kematian kanak-kanak tersebut.

Beliau berkata, wanita berkenaan ditangkap di rumahnya di Piyungani, Bantul, Yogyakarta.

Menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan, namun pihak polis tidak menolak barangkali  wanita itu berbuat demikian untuk membalas dendam atau sakit hati terhadap Tomy

Suspek akan disiasat dibawah Pasal 340 Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) yang membawa hukuman penjara sekurang-kurangnya 20 tahun ataupun penjara seumur hidup jika disabitkan dengan kesalahan itu. - KitaReporters


KREDIT Foto : Kompas.com

2
3
10
5
2

Copy Link: