Video| Christina Ozturk baru berusia 23 tahun tapi miliki 11 anak! Rancang nak ada 105 anak!

Published by
KitaReporters

KELUARGA BESAR... Christina Ozturk kini memiliki 11 orang anak, termasuk anak sulungnya yang berusia 6 tahun. - Kredit foto: Newsflash.


Usianya baharu 23 tahun tetapi sudah memiliki 11 anak! Pelik kan? Tak kan tiap-tiap tahun bersalin lagipun usianya masih muda. 

Namun ibu muda dari Moscow, Rusia itu memiliki ‘cerita’ tersendiri bagi mencapai impian untuk memiliki anak yang ramai.

Memetik laporan portal odditycentral, Christina Ozturk kini memiliki 11 anak, yang mana 10 anak itu diperoleh dalam tempoh 10 bulan.

Wow ramainya anak!!… Tapi kesemua itu diperoleh selepas menggunakan kaedah ibu tumpang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kehamilan:

https://kitareporters.com/search?search=hamil


IMPIAN Christina Ozturk untuk memiliki sebuah keluarga besar semakin tercapai dan berhasrat untuk menambah bilangan ahli keluarga dari semasa  ke semasa. - Kredit foto: Instagram @batumi_mama.


Bayi pertama yang diterima hasil kaedah ibu tumpang adalah Mustafa yang selamat dilahirkan pada Mac 2020 lalu, manakala Olivia yang lahir bulan Januari 2021 merupakan anak bongsu buat masa ini.

Wah tiap-tiap bulan dapat anak! Hebat tul kan

Menurutnya, hasrat untuk mempunyai sebuah keluarga besar itu tercetus selepas berkahwin dengan suaminya Galip Ozturk, seorang jutawan yang juga pemilik rangkaian hotel di Batumi, Georgia.

Pasangan itu pada awalnya merancang untuk memiliki anak setiap tahun, namun berdepan masalah reproduksi menyebabkan mereka mencari alternatif lain.

Bagi merealisasikan impian tersebut pasangan itu menggunakan kaedah ibu tumpang bagi melahirkan anaknya.



BERSAMA suami tersayang Galip Ozturk yang sentiasa menyokong keinginan Christina mahu memiliki sebuah keluarga besar.


Malah pasangan itu terpaksa mengeluarkan kos sebanyak AS$10,000 (RM40,369) untuk setiap orang ibu tumpang bagi memantau perjalanan kehamilan tersebut.

Berkongsi kaedah untuk menambahkan bilangan ahli keluarga pasangan itu menjelaskan dia dan suaminya terpaksa menemu bual semua calon ibu tumpang berkenaan.

Malah calon yang berpotensi pula akan diberikan kaunseling sebelum menandatangani dokumen perjanjian sebelum hamil  daripada benih Christina dan suaminya.



“Saya melahirkan sendiri anak sulung enam tahun lalu, manakala anak-anak lain dihasilkan menerusi ibu tumpang.

“Terkini saya mempunyai 10 anak dengan tambahan terbaharu Olivia yang lahir bulan lalu (Januari 2021),” ujarnya.

Christina yang sebelum ini merupakan ibu tunggal mula berkenalan dengan Galip ketika bercuti di Pantai Georgia atau dikenali Las Vegas of the Black Sea.



Menerusi perkongsian Instagram miliknya @batumi_mama, Christina merancang untuk mempunyai 105 orang anak tetapi mengakui jumlah itu tidak mungkin tercapai kerana terlalu ramai.

“Saya tidak tahu berapa ramai anak kami nanti, tapi kami pasti tidak merancang untuk berhenti pada angka 10 orang sahaja,” ujarnya yang terlalu gembira impian untuk memiliki anak ramai kini berjaya direalisasikan. - KitaReporters


1
8
1
0
0

Copy Link: