Video| Jalan gatal? Minta digaru? Ada sebab jalan raya ada kesan cakaran besar! Bukan saja buat-buat!

Published by
KitaReporters


Setiap pekerjaan itu ada ceritanya sendiri. Berbeza lapangan kerja, maka berbezalah ceritanya. Hanya yang bekerja dalam lapangan tersebut sahaja tahu ceritanya. 

Penulis menganggap setiap cerita yang ada sebagai ilmu yang sangat mahal.

Terkadang ada cerita yang serius. Terkadang ada cerita yang lucu dan santai. Terkadang ada cerita memberi kita maklumat baharu yang selama ini kita tidak tahu. 

Cerita-cerita beginilah yang membuatkan kita terlopong mulut mendengarnya.



Contohnya cerita seorang pemburu. Pasti ada pengalaman menarik yang ditempuhinya sepanjang berburu di dalam hutan. Begitu juga dengan cerita seorang pemandu ambulans. Pasti ada cerita cemas yang ditempuhi sepanjang pengalamannya memandu di jalan raya.

Namun, cerita seorang pemandu jentera korek atau jentera kaut (backhoe) juga tidak kurang hebatnya. Ilmu yang dikongsi, sangat bermanfaat terutama untuk generasi masa kini. 

Menggunakan media sosial, pemandu yang dikenali sebagai Alif Aziz itu berkongsi video menunjukkan dia sedang mencakar jalan raya.



Nampak macam bukan cerita hebatpun. Tapi video tersebut mendapat sebanyak 2.6 juta jumlah tontonan. Satu angka besar dan ini memberi makna bahawa content yang dikongsinya itu menarik perhatian ramai.

“Jalan gatal,” tulisnya ringkas.

Perkongsiannya itu dibanjiri pelbagai komen netizen. Apabila diteliti, sebenarnya ramai yang tidak tahu fungsi jalan raya dicakar.

Mereka pernah nampak jalan raya yang dicakar tetapi tidak tahu apa sebabnya. Jadi, dengan perkongsian dan penjelasan video tersebut, akhirnya mereka mendapat jawapan.

“Untuk apa ni bang?” Tanya salah seorang netizen.



Persoalan itu pantas dijawab oleh netizen yang tahu.

“Tak silap saya fungsinya sama macam kita pasang mozek di rumah untuk kuatkan antara simen baharu dan simen lama. Kalau salah maaf,” jelas netizen tersebut.

Nampak tak manfaatnya apabila kita berkongsi content yang berilmu? Ramai yang dapat manfaat dan ilmu baharu. 

Ruangan komen pula menjadi tempat berkongsi dan bertukar pendapat dan ilmu. Mereka langsung tidak lokek berkongsi ilmu.


14
12
0
15
0

Copy Link: