Video| Umur 25 tahun baru bersunat! Sekumpulan rakan wanita datang melawat! Bawa hadiah, tanya khabar!

Published by
KitaReporters


Bagi umat Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan wanita. Majlis khatan biasanya dilakukan sebelum baligh dan ketika cuti persekolahan agak panjang. Bagi mualaf mereka akan bersunat setelah menjadi umat Islam.

Namun masih ada sejumlah yang asalnya umat Islam tetapi baharu melakukan kewajipan bersunat setelah dewasa dengan pelbagai alasan diberi.



Seorang lelaki di Indonesia bernama Ranan kini tular dalam media sosial di negara itu setelah diketahui baharu bersunat ketika berusia 25 tahun. 

Ia menjadi tular setelah mula dimuat naik dalam akaun TikTok @revalia.febe. Kemudian ia dikongsi siar sejumlah media sosial, media cetak dan media elektronik Indonesia.

"Jenguk orang sakit (X), jenguk pria umur 25 tahun abis sunat (V)," tulis pemilik akaun itu seperti dipetik pada Khamis, 7 November 2024. 


Ketika sampai ke rumah Ranan yang sunyi, sekumpulan 10 kawan wanita lelaki itu terus masuk ke biliknya dan asyik mengamati pelbagai barang yang ada di bilik Ranan.

Ia membuat Ranan terkejut dan dalam keadaan canggung.

Ranan yang memakai kain seperti orang berkhatan tersipu-sipu menerima kehadiran tetamu yang terdiri daripada rakan-rakan wanitanya itu. 

Walaupun kurang sihat, namun Ranan tetap melayan kumpulan teman wanitanya berbual dan menyediakan minuman. 



Apa yang lebih memalukan Ranan ialah sekumpulan kawan wanitanya itu membawa sejumlah hadiah dan makanan. seolah-olah mahu merisik.

Sekumpulan rakan wanita itu turut bertanyakan keadaan kesihatan Ranan yang memakai kain pelikat sebagaimana lazim bagi orang baru bersunat. 

Mereka turut menasihatkan Ranan untuk menjaga kesihatan dan cepat sembuh.



Sementara itu, sejumlah netizen terkejut kenapa Ranan bersunat ketika usia sudah mencapai 25 tahun. Apakah selama ini dia takut? Dan kini terpaksa bersunat kerana hendak kahwin. 

Ada juga yang berpendapat kawan-kawan wanita tidak wajar mengunjungi lelaki yang baru berkhatan untuk mengelakkan malu si lelaki. 



Video yang dimuat baik itu telah ditonton lebih 350 ribu kali. Namun tidak dinyatakan adakah Ranan melakukan proses bersurat cara biasa atau cara terkini seperti menggunakan laser.

Mungkin salah seorang kumpulan wanita itu akan menjadi isteri Ranan. - KitaReporters

7
9
0
13
0

Copy Link: