Kucing binatang yang manja dan sentiasa menjadi teman manusia. Tidak hairan banyak majlis perbandaran dan majlis bandar raya menyediakan tempat untuk kucing-kucing terbiar dan memberi mereka kehidupan yang lebih baik. 

Sehubungan dengan itu, sempena perasmian Taman Kucing Klang, di Bandar Bukit Raja pada 18 Ogos 2024 ini pelbagai aktiviti akan diadakan bagi memeriahkan perasmian berkenaan.

Antaranya "Cat Fun Walk" atau acara berjalan santai bersama kucing peliharaan, pertandingan pakaian kucing menarik dan jualan produk haiwan juga turut diadakan. 

Semua ini akan berlangsung di Taman Kucing, Pavillion Wetland, Bandar Bukit Raja dari jam 7.30 pagi Ahad, 18 Ogos 2024 ini.



Untuk fun walk syarat penyertaan adalah terhad kepada 100 peserta pertama, terbuka kepada lelaki dan wanita yang membawa kucing peliharaan mereka. Penyertaan adalah Percuma. Banyak hadiah menanti peserta. 

Selain itu, ada juga acara cabutan bertuah. Tengku Permaisuri Selangor dijangka akan merasmian Taman Kucing Klang  berkenaan.  

Justeru bagi mereka yang berminat dan pencinta kucing boleh mendapat keterangan lanjut dan info pertandingan dan Cat Fun Walk dengan menghubungi Roshayati melalui talian 019220 7671 dan Ku Nurhidayah melalui talian 017 640 0329. - KitaReporters

14
14
0
19
0

Copy Link: