Video| Ke Mekah tunaikan haji naik kuda! 3 sahabat bermula dari Sepanyol! Tradisi Islam Andalusia!
Published byMenunai Rukun Islam kelima iaitu melakukan ibadat haji menjadi impian umat Islam yang patuh. Namun tidak semua umat yang berhajat akan tertunai hajatnya kerana kuota semakin ketat dan selepas mendaftar kini memerlukan puluhan tahun untuk tercapai impian itu.
Pada era moden, kebanyakan perjalanan pergi dan pulang haji, ramai tetamu Allah itu menggunakan perkhidmatan kapal terbang.
Namun masih ada segelintir umat Islam yang ingin merasakan ‘cabaran’ dalam menunai haji dengan mengguna cara tersendiri.
Kita pernah mendengar umat Islam baik secara individu atau berkumpulan melakukan perjalanan ke Mekah dengan menunggang basikal atau membonceng motosikal atau menaiki kereta yang memakan masa berbulan-bulan.
Tujuan trio ini berkuda adalah untuk cuba menghidupkan kembali tradisi Islam Andalusia yang berusia 500 tahun. Tiga sahabat ini iaitu Abdelkader Harkassi, Abdallah Hernandez, dan Tariq Rodriguez memulakan perjalanan dari Selatan Sepanyol.
Bermula dari Sepanyol trio ini melalui Itali, Slovenia, Croatia, Bosnia dan Herzegovina, Montenegro, Kosovo, Macedonia Utara, Bulgaria, Greece, Turkiye dan Syria dengan jarak kira-kira 8,000 kilometer.
Abdallah Hernandez memeluk Islam ketika berusia 24 tahun. Menurutnya, dia mula belajar tentang Islam pada usia 24 tahun dan berikrar untuk menunaikan haji ke Mekah dengan menunggang kuda.
Perjalanan mereka menghadapi beberapa cabaran seperti cuaca dan masalah untuk mendapatkan kebenaran melintas di negara tertentu. Namun mereka gembira dengan sambutan hangat yang diberi oleh penduduk di satu-satu tempat yang disinggahi.
Trio ini diwawancara media agensi berita Anadolu ketika singgah di Sarajevo, Bosnia and Herzegovina.