.


Semakin dekat tibanya hari akad, hati bakal pengantin akan berdebar-debar. Masing-masing berdoa agar tiada halangan berlaku yang boleh menjejaskan majlis.

Seorang wanita bernama Yayang di Surabaya, Jawa Timur mempunyai pengalaman pahit apabila tunangnya menghilangkan diri sehari sebelum majlis akad dan resepsi perkahwinan berlangsung. Sedangkan kedua-duanya sudah merancang majlis perkahwinan sebulan sebelumnya.

Difahamkan tunangnya enggan bernikah kerana telah mengandungkan wanita lain dan terpaksa mengahwini wanita itu. Kandungannya sudah mencapai usia 6 bulan.


Yayang berterima kasih kepada sepupunya Wahyu Yogie yang sanggup menjadi pengantik olok-olok

Yayang hampa dan panik dengan situasi itu. Walaupun majlis akad boleh dibatal, namun tidak bagi majlis resepsi. Ini kerana kad undangan sudah dihantar, dewan sudah disewa dan hiasi dan katering sudah ditempah.

Sepanjang malam, Yayang menangis mengingati apa yang perlu dilaku.

Pada hari resepsi, kedatangan tetamu dijadual bermula jam 12 tengah hari. Yayang sudah sampai pada jam 8 pagi ke dewan majlis.

Walaupun tahu tidak jadi kahwin, namun dia tetap membawa pakaian pengantinnya. Dia melihat beberapa pekerja hiasan dan katering menjalankan tugas masing-masing.

Beberapa saudara-mara yang mengetahui perkara sebenar cuba menenangkan Yayang yang terus bersedih.

Kemunculan sepupunya Wahyu Yogie membantu melegakan keadaan. Dia sepatutnya hanya menjadi pembantu pada majlis itu. Namun setelah mengetahui nasib Yayang, Wahyu sedia menjadi ‘pak sanggup’. 

‘Pak Sanggup’ itu sekadar menjadi ‘pengantin olok-olok’. Ini kerana sebahagian besar hadirin tidak mengetahui pasangan sebenar Yayang. Dan kaum keluarga yang mengetahui masalah itu merahsiakan.

Jadi majlis resepsi berjalan lancar dengan Yayang dan Wahyu berlagak sebagai suami isteri di pelamin dan menyalami para tetamu.

Yayang lega majlis resepsi selesai walaupun tetap hampa.Yayang mengharapkan akan mendapat pasangan hidup sejati dalam waktu terdekat.



Sementara itu para netizen memuji Wahyu yang sanggup menjadi pengantin olok-olok serta mengharapkan Yayang akan mendapat pasangan hidup sebenar tidak lama lagi.

Video kahwin olok-olok ini tular di Indonesia setelah mulanya disiar dalam TikTok @wahyuyogie dan diambil siar oleh sejumlah media sosial, media cetak dan media elektronik. - KitaReporters

12
10
0
11
0

Copy Link: