Video| Kematian dicemburui! Imam meningggal usai solat Jumaat! Pengawal meninggal ketika sedang sujud!
Published by.
Satu lagi kematian yang diimpikan dan dicemburui terjadi di Indonesia. Seorang imam meninggal dunia sebaik selesai menyampaikan doa usai mengimamkan solat Jumaat pada 3 Januari 2025 lalu.
Kejadian itu berlaku di Masjid Nurul Desa Bora, Kabupaten Sigi, Sulawesi Tengah.
Kematian itu tular setelah video kamera litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik oleh sejumlah laman sosial, media cetak dan media elektronik. Antaranya akaun Instagram @palu.talks dan Tribunjabar.id.
Dalam video itu kelihatan Ustaz H Arifin baru selesai menjalankan tugas sebagai imam. Dia kemudian mengetuai doa.
Selepas itu dia beralih ke belakang untuk bersalaman dengan jemaah lain. Hanya sempat bersalam dengan seorang jemaah solat sebelum tiba-tiba tubuhnya kaku dan kemudian condong ke depan seolah tidak sedarkan diri.
Melihat keanehan itu, sejumlah jemaah langsung bergegas bangun ke arah almarhum dan memangku serta membaringkannya. Setelah merasakan imam ini dalam keadaan tenat, ada yang mengajar dia mengucap sebelum ajal menjemput.
Ustaz H Arifin disenangi penduduk setempat kerana sifat kepimpinannya. Dan dia juga adalah Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) cawangan Kecamatan Sigi dan Kota Kabupaten Sigi.
Warga masjid berharap Ustaz H Arifin meninggal dalam keadaan husnul khatimah.
Sementara itu seorang pengawal keselamatan atau pak guard ditemukan meninggal dunia dalam keadaan sujud di sebuah surau di Sekolah Menengah Kota Bogor, Jawa Barat pada Selasa, 7 Januari 2025.
/