Tolong kami! Bantu Maahad Tahfiz Al-Ikhwan! Perlukan sebuah van baharu! Mudahkan pergerakan pelajar!
Published byBersimpati dengan nasib 25 pelajar Maahad Tahfiz Al-Ikhwan, Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Selangor yang terpaksa bersesak dalam kenderaan kecil untuk ke majlis atau aktiviti agama mendorong Pertubuhan Sukarelawan Kasih (PSK) mengumpul dana untuk membeli sebuah van.
PSK berasakan amat perlu untuk membantu mereka kerana simpati dengan pelajar dan tenaga pengajar yang sudah lama menggunakan kenderaan sama berhimpit-himpit serta perlu ulang alik menjemput dan menghantar pelajar sekiranya ada program di luar maahad tahfiz.
Keadaan sedemikian bukan sahaja tidak selesa malah menjejaskan dari segi keselamatan pelajar apabila terpaksa bergerak ke lokasi yang agak jauh selain mungkin ditegur oleh pihak berkuasa jika melalui sekatan jalan raya.
Pelajar-pelajar terpaksa duduk berhimpit dalam kenderaan untuk ke majlis atau aktiviti agama yang dianjurkan komuniti setempat.
Duduk berhimpit dalam jumlah yang ramai tidak bersesuaian selain menjejaskan keselamatan apabila berada di atas jalan raya.
Pengerusi PSK, Mohd Nazri Abdul Latif, berkata menyedari perkara itu selepas berbincang dengan ahli jawatankuasa persatuan berkenaan serta mendapat sokongan daripada ahli mereka menyusun strategi bagi mengumpul dana yang diberikan nama Wakaf Van.
Menurutnya, usaha persatuan itu mendapat persetujuan
terlebih dahulu daripada pengurusan maahad tahfiz itu terutama selepas
memaklumkan cadangan berkenaan dan mengadakan perbincangan dengan pengerusinya,
Ustaz Safwan Ramlee.
Jelasnya, Ustaz Safwan menyambut baik kesediaan PSK sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu maahad tahfiz itu memiliki van sendiri supaya mudah bagi membawa pelajar ke majllis atau aktiviti agama.
Tambahnya, pelajar mahad tahfiz sering dijemput ke program agama di masjid dan surau berdekatan selain menjadi pilihan penduduk jika diadakan majlis doa selamat, tahlil serta bergotong-royong dan sebagainya.
“Serentak itu PSK dengan kerjasama ahli sudah mengedar risalah mengenai sumbangan dana Wakaf Van ini menerusi WhatsApp group korporat, NGO, individu dan juga dermawan bagi menarik perhatian mereka untuk membantu,” ujarnya.
Pelajar-pelajar maahad tahfiz terbabit dalam kegiatan gotong-royong bersama komuniti membersih pusat jagaan warga emas Nur Hasanah di Beranang, Selangor.
Mohd Nazri berkata, selepas dilancarkan Februari 2024 hingga 25 Mac 2025, PSK hanya berjaya mengumpul sumbangan dana berjumlah RM39,464, hal demikian menyebabkan persatuan terpaksa berusaha lebih gigih lagi bagi mencukupi keseluruhan untuk membeli van baharu RM80,000.
Menurutnya, PSK yakin usaha murni itu akan mendapat sokongan pelbagai pihak dalam tempoh beberapa bulan mendatang kerana bagi penduduk sekitar maahad tahfiz berkenaan mereka tentu sedia maklum mengenai ketiadaan pengangkutan sesuai untuk pelajar bergerak.
“Saya berharap usaha PSK tidak disalahertikan malah sentiasa terbuka jika ada pihak atau individu mempunyai cadangan berkesan bagi mencari dana untuk Wakaf Van ini.
“Untuk maklumat lanjut mereka boleh hubungi saya menerusi telefon bimbit nombor 012-675 8722 atau Ustaz Safwan 018-219 3600. Setiap sumbangan boleh disalurkan kepada Akaun Ambank bernombor 88810 1827 2249 (Pertubuhan Sukarelawan Kasih),” ujarnya lagi. - KitaReporters
Ustaz Safwan Ramlee (belakang, lima dari kanan) bersama sebahagian pelajar Maahad Tahfiz Al-Ikhwan, Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Selangor yang amat memerlukan sebuah van sebagai pengangkutan utama.