Terima kasih daripada kami... Presiden PERTAMA, Sariha Ali menyerahkan cendermata kepada Azrol Affandi Sobri @ Pencerita TV.


USIA peserta paling tua ialah 75 tahun. Dia ialah bekas kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Rukiah Ramlan. Hadir untuk menimba ilmu berkaitan media sosial (medsos) termasuk TikTok bagi membantu promosi kumpulan marhaban yang disertainya dan kerap dijemput meraikan majlis keagamaan khususnya membabitkan orang kenamaan.

Rukiah yang kami panggil Ibu, sanggup gunakan perkhidmatan kereta api LRT, menjadi antara orang terawal tiba pada bengkel kreator digital, anjuran Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) di Kuala Lumpur. Ibu kerap menjadi tetamu istimewa PERTAMA sebagai tanda sokongan kepada pengamal berita dalam menjayakan kegiatan kami.


Rukiah Ramlan... Kebanggaan PERTAMA sebagai contoh warga emas yang tekad menimba ilmu.


Ibu Rukiah antara peserta yang banyak bersoal jawab dengan pengendali bengkel yang juga TikToker terkenal, Azrul Affandi Sobri yang tak habis-habis melemparkan senyuman melerek kerana begitu terpersona menjawab macam-macam soalan yang kadangkala membuatkan kelas ceria sangat. 

Azrol rasa inilah kelas yang dikendalikannya sangat menarik kerana peserta sahabat media dan dia juga kakitangan akhbar Harian Metro, yang terbabit aktif dalam proses berita dalam talian.

Seramai 20 peserta ahli PERTAMA, julung-julung kali diundang masuk balik kelas bagi menghadiri Kursus Media Digital dan Videografi bersama Pencerita TV, Azrol Affandi Sobry yang juga finalis TikTok Award Malaysia pada 5 November 2023 lalu. 




Kelas bermula jam 9.30 pagi hingga jam 5.50 petang bukan setakat santai-santai tapi ilmu yang dikongsi sangat terkini dan pendedahan lengkap mengenai media sosial yang tumbuh bak cendawan sekarang.

"Sebelum ni Ibu minta tolong anak cucu saja muat naik rakaman, sekarang dah tahu nak guna TikTok, Facebook dan Instagram ini," katanya. Dan sebelum belajar kemahiran itu, peserta kena buka TikToklah dulu!

Seronoknya peserta kemudian membuat amali penyuntingan, tambah dan potong gambar, tapis dan masukkan suara (voice over)  menggunakan CapCut, enjin percuma kepada TikTor yang baharu dalam bidang itu.

Tak sia-sia kelas ini kerana kita tahu Facebook untuk orang tua, Instagram dan TikTok tempat jenamakan diri.

 Jika nak jadikan kandungan TikTok menarik, kenalah tahu apa itu niche, King and Queen, golden (hook) atau kolam. Queen saja ada faktor penting audio, efek dan visual serta kuasa FYP (for your page).

TikToker boleh pilih untuk fokus  isu kerjaya, hobi, kemahiran, kepakaran seperti doktor, pengetahuan,  kecenderungan, politik dan hal-ehwal semasa serta apa saja subjek menarik di sekeliling.

Seperti Azrol menggunakan topik Sang Pencerita dan fokus kepada kemahiran dunia seni silat.



"Tempat cari duit ialah di YouTube. Tapi kena ada syarat termasuk latar belakang yang sesuai, pencahayaan yang cukup serta mikrofon juga penting untuk elakkan bunyi bising. 

"Dalam TikTok asalkan cerita ada, cukup," katanya yang ada pengikut sehingga 1.3 juta dalam tempoh tertentu yang diperolehi ketika dia membuat tunjuk cara menukar duit mengerjakan umrah. Kini pengikutnya dekat 4 juta.

"TikTok tidak bayar kita. Tempat ni cuma untuk kita bina nama atau menjenamakan diri dan berniaga. Kalau ada TikToker dapat duit, hadiah daripada penonton yang kena beli coin, sampai harga RM2,000 satu coin tu.

"Dan sebenarnya peratus tertentu saja wang itu disalurkan pada hos. Contohnya 30 persen saja, yang lain masuk akaun TikTok," katanya sambil memberitahu jangan terkejut TikToker yang dianggap popular kini boleh "hilang" sebab digantikan hero-hero baharu. TikTok perlu muka-muka baru bagi melangsungkan peningkatan pengguna.

Opah melihat kegilaan orang muda menggunakan TikTok untuk berniaga, kerja kebajikan, menviralkan  ercutian dan hobi bukan satu kerja sia-sia. Malah ia juga landasan menimba maklumat sehingga kelas agama pun diajar dalam TikTok. Apatah lagi ceramah agama oleh tokoh-tokoh pendakwah.


Dapat ilmu mengenai media digital, dapat sijil, dapat berjumpa rakan-rakan dan dijamu selera yang setiap peserta dibayar boleh tahan harganya.


Pengalaman Azrol ialah pernah diminta oleh pejabat mufi di suatu negeri untuk mengajar TikTok. Adalah seorang ustaz ni, perli dengan kata TikTok seperti tong sampah, penuh perkara bodoh dengan perempuan berjoget, tidak bertudung dan berperangai tak senonoh.  

"Lalu saya katakan pada ustaz ni, TikTok ni macam "rumah" kita juga sebab anak-anak melihatnya dalam telefon. Walaupun penuh dengan sampah, anda tidak boleh tinggalkan "rumah" ini begitu saja kerana di dalamnya ada anak, isteri, keluarga dan saudara mara kamu. Rosaklah mereka."

Hasil pendekatan baharu memberi keutamaan dalam isu dan bidang perundangan, hukum-hakam dan segala persoalan berkaitan agama melonjakkan pengikut pejabat mufti itu daripada 72 orang kepada 40,000 pengikut. - KitaReporters


Kelas dapat sambutan hangat.


Begini caranya.

9
20
0
16
0

Copy Link: