Video| Charles lakukan Megxit! Haramkan Meghan masuk UK! Istana kediaman Harry jadi pusat geladangan!
Published byRAJA England, Charles membuat keputusan mengejutkan dunia apabila "menghalau" dan "merampas" serta menukar semua hartanah milik anak keduanya, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle di London sebagai pusat perlindungan untuk geladangan.
Satu 'hadiah" menyedihkan kepada anak menantu dan cucunya sempena Tahun Baharu 2024 dan masih dalam suasana Krismas 2023.
Keputusan terbaharunya kerana dikatakan murka dan melepaskan kemarahan terhadap pasangan itu yang dituduh menconteng arang ke muka kerabat diraja termasuk "menderhaka" kepada negara. Langkah satu lagi yang ditunggu-tunggu ialah usaha melucutkan gelaran diraja mereka jika rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen.
Kemarahan itu akhirnya "meletup" selepas Charles menjadi Raja Englad dan puluhan jajahannya negara Komanwel serta segala harta benda dalam negara itu pada awal tahun 2023 berikutan kematian Ratu Elizabeth II. Dia kini menjadi orang paling berkuasa dan menyifatkan tindakan itu sebagai satu cara menjaga kemegahan kerajaan monarki itu dan nama baik England.
Charles juga ada hak untuk menganugerahkan gelaran diraja kepada anak cucunya termasuk Harry-Meghan.
BBC melaporkan konflik itu akan berpanjangan dan menjadi buah mulut kerana tindak balas dendam paling "buruk" dalam sejarah monarki.
Sebelum ini, keluarga diraja itu dimomok kerana kematian Puteri Diana kemudian perbuatan sumbang anak-anak raja tertentu, peristiwa kahwin cerai dan gundik menjadi tuanku permaisuri.
Berterusan apabila Harry-Meghan bertindak melepaskan jawatan sebagai kerabat bekerja dan berpindah ke Amerika Syarikat untuk berdikari.
Dipercayai perbuatan mereka meninggalkan istana selepas khabar angin Charles akan memperkecil bilangan kerabat bekerja sebab mereka dibayar gaji daripada cukai yang dibayar oleh rakyat.
Harry-Meghan kemudian buat pendedahan abahawa da anggota diraja itu rasis tentang warna kulit anaknya, Archie.
Harry dalam buku autobiografinya, Spare turut memasukkan komen Raja Charles menganggap dia sebagai "alat ganti" jika berlaku kecacatan pada William.
Sejak bertahun-tahun Harry juga diperlekeh dan dituduh anak zina Diana dengan kekasihnya, James Hewitt.
Dalam satu wawancara di BBC, Raja Charles dilaporkan berkata, istana menukarkan kediaman termasuk kemungkinan besar Frogmore Cottage, dijadikan pusat geladangan selepas mendapat inspirasi anak sulungnya, Putera William yang kini menjadi Putera Wales yang terbabit dalam kerja kebajikan.
Selain itu, ia juga sebagai penghargaan kepada bekas isterinya, Puteri Diana yang banyak terlibat dalam kerja-kerja amal. Sepanjang berkahwin dengan Charles, Diana menjadi presiden dan penaung lebih 100 badan kebajikan termasuk geladangan, Orang Kurang Upaya (OKU), kanan-kanak dan pesakit HIV/AIDS.
Raja Charles dilaporkan seolah-olah "membuang" anak menantu daripada senarai kerabat diraja dan melarang Duke and Duchess of Sussex itu daripada kembali ke England dengan kata-kata, "Tiada apa yang menanti kamu di England dan jangan kembali lagi ke sini sebab kamu tidak diperlukan dalam kalangan keluarga diraja." demikian kata warga Twitter yang tidak puas hati dengan cara raja membalas dendam pada anaknya sendiri.
Puteri Diana selepas bercerai diberi kediaman di Istana Kensington dan Harry-Meghan dianugerahkan oleh nendanya, Ratu Elizabeth sebuah "pondok istiherat" yang sangat disayangi sang ratu di Frogmore Cottage.
Bagaimanapun pada Mac 2023, pasangan itu "dihalau" kerana kotej itu diberikan kepada adik raja, Putera Andrew dan salah seorang puterinya, Eugene sebelum ini diberi kebenaran oleh Harry menginap di situ.
Sebelum kemangkatan nendanya, Harry-Meghan mengambil keputusan melepaskan jawatan kerabat bekerja dan berhijrah ke Kanada.
Kemudian berpindah lagi dengan membeli sebuah "istana" di Montecito, California di AS. Aset tu berhampiran kediaman bintang Hollywood termasuk Oprah Winfrey. Istana bernilai RM67 juta ($14.65 million) (£12 million).
Susulan tindakan menukar kediaman Harry-Meghan tidak dipersetujui oleh semua warga United Kingdom. Bagi yang menyokong, menyuarakan betapa baik hati raja kerana prihatin dan mengutamakan geladangan.
Tetapi tidak kurang ramai juga "marah" kerana raja kejam dan mengaibkan anaknya kerana dia tidak berhak merampas harta milik pasangan itu.
Raja itu turut dituduh sebagai tidak ada hati perut kerana sanggup "menghalau" anak nantu dan cucunya daripada negara itu.
Raja Edward dan Wallis Simpson tidak bernasib baik macam era Charles-Camilla.
Tindakan melepaskan kedudukan raja itu sepatutnya dilakukan oleh Charles sebagaimana bapa saudaranya, Putera Edward VIII (Duke of Windsor) yang terpaksa turut takhta menghabiskan masa di Perancis kerana bernikah dengan janda dari Amerika Syarikat, Wallis Ernest Simpson. Edward mati pada 1972.
Maknanya dari segi moralnya, raja tidak berhak menduduk takhta jika berkahwin dengan janda. Tetapi pada masa Charles, kebenaran itu diberikan kerana tiada undang-undang atau sekatan.
"Raja Charles melampui batas, zalim dan tidak patut memberikan harta Harry kepada geladangan. Dia bertindak sebagai bapa pembuli kerana mengugut Harry," demikian kata netizen dalam Facebook dan ciapan twitter.
Pada masa ini, Harry-Meghan dikatakan memutuskan terus hubungan dengan keluarga bapanya.
Charles melepaskan geram dengan alasan Harry-Meghan patut tahu kedudukan dan gelaran diraja satu tanggungjawab bukannya mencari kepentingan diri dan populariti. - KitaReporters