USTAZ Kazim Elias mengakui dirinya rasa sedikit sedih kerana tidak dapat bertanding di Parlimen Larut dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di negeri Perak, sekali gus tidak dapat membawa suara atau idea untuk kebaikan sejagat ke peringkat lebih tinggi

Jika ada jawatan, suara serta segala idea itu dapat membentangkan kepada semua Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat nanti. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ustaz Datuk Kazim Elias (DUKE)

Kredit foto: Mstar


Ustaz Kazim atau nama sebenarnya, Datuk Mohammad Kazim Elias berkata, dia ingin melakukan sesuatu yang lebih baik untuk rakyat khususnya umat Islam, kaum Melayu dan perpaduan di Malaysia ini. 

Kerana kuasa atau jawatan di dalam kerajaan yang ada, ia memudahkan gerak kerja tersebut berbanding ketika ini dalam bidang dakwah bebas. 

Ia boleh bersuara tetapi suara itu kadangkala kurang didengari dan tiada tindakan lanjut untuk sesuatu perkara itu. 

Ustaz Kazim sudah menceburi bidang dakwah lebih dari 30 tahun dan ini adalah masa terbaik untuk melakukan sesuatu yang baik. 

Tetapi beliau percaya mungkin ada rezeki yang lebih baik dan menerima keputusan ini dengan lapang dada demi kebaikan keluarga biarpun terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir. 



Untuk makluman, Ustaz Kazim adalah calon Barisan Nasional untuk Parlimen Larut namun beliau mengambil keputusan untuk undur diri kerana abangnya telah bertanding di DUN (Dewan Undangan Negeri) dalam Parlimen tersebut. 

Pendakwah bebas itu mejelaskan bahawa penarikan diri sebagai calon Parlimen Larut atas faktor kekeluargaan dan tidak mahu ia dijadikan isu ketika berkempen nanti dalam PRU15.

Kata Ustaz Kazim, beliau dan abangnya tidak mengetahui bahawa mereka saling menandatangani surat tawaran menjadi calon di kawasan Larut sehinggalah beberapa jam sebelum pengumuman calon dilakukan oleh Barisan Nasional. 

Beliau beranggapan bahawa abangnya itu akan memberi laluan kepada dirinya untuk menjadi calon kerana telah memberitahu hasrat itu lebih awal dalam keluarga mereka. 

Namum apa yang terjadi ketika itu, ternyata ia satu perkara yang tidak boleh dielak menyebabkan Ustaz Kazim mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada abangnya yang bertanding di DUN dalam Parlimen Larut


Kredit foto: FB Ustaz Kazim 


Keputusan ini diambil kerana memegang janji yang telah dipesan oleh arwah ibu mereka bahawa jangan bertembung di satu kawasan yang sama demi kebaikan keluarga dan hubungan silaturahim

Ustaz Kazim diangkat menjadi calon di Parlimen Larut untuk menentang penyandang kerusi tersebut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dari parti Perikatan Nasional (PN)

Abang kepada Ustaz Kazim,  Datuk Mohd. Najmuddin akan bertanding di DUN Batu Kurau atas tiket PN

Tindakan yang dilakukan ini adalah satu kebaikan dan harus dipuji kerana bukan jawatan yang dikejar tetapi perpaduan semasa keluarga yang harus dijaga. - KitaReporters


7
16
0
10
0

Copy Link: