Video| Ibu nekad lawan pak belang! Tanpa senjata! Demi selamatkan nyawa anak lelaki hampir dibaham!
Published byDAH namanya seorang ibu, pasti akan mendahulukan anak, lagi-lagi melibatkan nyawa anak yang dikandungnya. Itulah ibu sanggup melakukan segala-galanya demi seorang anak.
Itu juga yang berlaku kepada seorang ibu muda di Jabalpur, India yang nekad menyelamatkan anak lelaki yang berusia setahun selepas diterkam oleh seekor harimau di dalam sebuah kebun berhampiran rumahnya, di Kampung Rohaniya.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan cerita keberanian
Memetik portal NDTV, wanita dan anak lelakinya mengalami kecederaan kesan menjadi mangsa serangan pak belang.
Insiden berkenaan yang berlaku 7 September 2022 lalu berlaku di sebuah kebun yang terletak berhampiran Pusat Rizab Harimau, Bandhavgarh di Madhya Pradesh.
Wanita berkenaan, Archana Choudhary, pada awalnya tidak menyedari binatang pemangsa itu mendekati anak lelaki yang dibawa bersamanya ketika masuk ke ladang berkenaan.
Tanpa memikirkan kesan daripada tindakannya Archana terus menarik semula anaknya yang berada dalam dakapan pak belang itu walaupun ketika itu dia tidak bersenjata.
Lebih mengejutkan lagi, harimau itu terus mencakar bahagian dada wanita cekal itu dan menyebabkan dia mengalami luka hingga memberi kesan pada bahagian paru-parunya.
Namun dalam keadaan dirinya kesakitan dia tetap menarik anaknya sekuat hati sambil menjerit bagi mendapatkan pertolongan.
Nasib baik, jeritan tersebut membuat orang kampung bergegas ke arah dan sempat menghalau pemangsa berkenaan.
Wanita berani itu berkata, ketika melawan pak belalang dia hanya sempat menjerit sekuat hati sebagai tanda meminta bantuan sambil berdoa dalam hati untuk meminta bantuan supaya orang kampung.
Sementara, suami wanita berkenaan, Bhola Chowdhary berkata, ketika kejadian dia tiada di ladang berkenaan.
Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudian di kejarkan ke hospital berdekatan.
Bagaimanapun keadaan menjadi lebih kritikal memaksa wanita berkenaan terpaksa dipindahkan ke sebuah institut perubatan Jabalpur.
Sementara itu, Pengurus Bandhavgarh Tiger Reserve, Lavit Bharti berkata, pihaknya akan bertanggungjawab dengan kejadian menimpa dua beranak berkenaan.
Semoga dua beranak itu tidak mengalami kecederaan yang serius dan akan kembali sembuh.
Berani sungguh ibu ini melawan pak belang itu. Keberaniannya adalah bukti sebenar dirinya yang sanggup melakukan apa sahaja demi anaknya. - KitaReporters