Dah lewat tetapi belum terlambat terima anugerah ‘Datuk’ setelah 42 tahun bergelar anak seni. Tahniah Amy Search!!

Mungkin itu ucapan yang sesuai diberi kepada penyanyi rock legenda Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64.

Amy akhirnya menerima anugerah gelaran Datuk daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi legenda Amy Search



Amy Search akhirnya menerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran 'Datuk'.

Beliau, merupakan satu-satunya pelaku seni yang menerima pingat tersebut sempena Hari Ulang Tahun ke-73 Yang di-Pertua Negeri Melaka itu pada Rabu, 24 Ogos 2022 lalu.

Sebelum ini tiga penyanyi rock telahpun menerima anugerah gelaran ‘Datuk’. Mereka ialah Datuk Ramli Sarip, Datuk Nash dan Datuk Awie.

Isteri , Datin Norhasliza Hassan turut bangga dengan penerimaan gelaran 'Datuk' Amy Search.

Dilihat para hiraki rock tanah air, Amy sepatutnya menjadi artis rock yang menerima gelaran ‘Datuk’ selepas Ramli Sarip. 

Ramli Sarip yang dikenali sebagai ‘papa rock’ dan vokalis kumpulan rock Sweet Charity mendapat anugerah ‘Datuk’  daripada kerajaan negeri Melaka pada tahun 2013 ketika berusia 61 tahun. 

Sementara vokali kumpulan Lefthanded, Nash (Jamaluddin Elias) menerima ‘Datuk' pada 2014 daripada Naning iaitu daerah di sempadan Melaka dan Negeri Sembilan ketika berusia 55 tahun. 

Manakala vokalis kumpulan Wings, Awie (Ahmad Azhar Othman) menerima ‘Datuk’ pada 2017 ketika berusia 49 tahun daripada Sultan Pahang. 



Amy menzahirkan rasa syukur di atas kurniaan yang diterima selepas 42 tahun bergelar anak seni.

“Syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri, Tun Ali Rustam dan semua pihak yang terlibat.

“Pemberian pingat yang membawa gelaran Datuk kepada saya ini tidak akan merubah Amy Search yang semua kenali. Saya tetap Amy Search, penyanyi dan pemain industri muzik yang dikenali,” katanya kepada media. 

Menurut Amy, anugerah itu merupakan tanggungjawab kepadanya dan pengiktirafan buat seluruh karyawan hiburan.



Sementara itu anaknya, artis Nabila Huda Suhaimi turut mengucap syukur dan bangga dengan penerimaan anugerah itu

"Buat papaku yang tersayang, sesungguhnya saya begitu gembira apabila menerima perkhabaran ini. Setelah sekian lama masih menyanyi dan menghiburkan peminat, papa menerima sumbangan dalam bidang seni. 

"Semestinya sebagai anak, saya berbangga dengan papa yang sentiasa nombor satu di hati saya. Syukur Alhamdulillah di atas penganugerahan ini.

"Dalam masa yang sama, saya harap pengiktirafan ini dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada golongan muda di luar sana untuk terus menghasilkan produk dan karya.

"Apa yang penting, saya berharap papa akan terus berkhidmat untuk menghiburkan penggemar muzik tempatan. Jangan lupa misi dan visi yang papa dan juga Search ingin lakukan. Pastikan ia berjaya dilaksanakan," kata Nabila kepada media.

Nabila atau lebih mesra disapa Abil berharap pengiktirafan itu dapat memberikan motivasi dan inspirasi buat generasi muda untuk terus berkarya.

/

Nabila Huda berserta suami dan anak bangga Amy Search menerima anugerah 'Datuk'
Amy memulakan kerjaya sekitar awal tahun 80-an dan sudah menerima banyak pengiktirafan dalam dunia muzik termasuk mencetus fenomena melalui lagu ‘Isabella’ bersama kumpulan legenda, Search.
Amy dan Search antara segelintir artis Malaysia yang berjaya mencipta nama di Indonesia. - KitaReporters

14
13
0
16
0

Copy Link: