Farah Fauzana pun dapat kunjungan Abam bomba.


"I nak abang bomba. Abam sado, dass abang bomba, handsome dan abang bomba sado weii." 

Wah... itu semua gelaran yang diberikan oleh warga netizen kepada anggota bomba yang mengambil bahagian dalam perarakan sempena Hari Kemerdekaan ke-65 yang berlangsung penuh warna warni di Dataran Merdeka, Kuala lumpur pada 31 Ogos 2022.

Ramai juga netizen lelaki yang  'cemburu' dengan bentuk badan anggota bomba yang 'berketak-ketak, six pack' bila melihat mereka beraksi atas kenderaan penyelamat, siap dilengkapi dengan kapak sambil menayangkan badan ala-ala gaya pertandingan Mr Universe.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan abang-abang bomba


Abam bomba yang menjadi popular seperti 'artis' 


Kalangan wanita bersorak gembira sambil memberi macam-macam nama menggoda. Manakala lelaki pula ramai yang cemburu dengan otot-otot dan badan yang gagah perkasa ketika abam-abam sado itu berarak. 




"Hari ini ada orang yang putus urat, melihat aksi badan abam bomba ni," demikian kata seorang netizen lain ketika menjawab komen paparan video mereka dalam Facebook selepas perarakan Hari Kebangsaan Ke-65 itu..

Badlisyah.b2 dalam TikTok bertanya, "Perhatikan betul-betul video ini, adakah mereka manusia atau robot? atau jadian, sambil memaparkan panggilan yang popular yang diterima oleh anggota bomba selepas video mereka viral antaranya cincin terlekat di jari.

"Ada juga panggilan jumpa ular lidi dan ada mangsa yang tersepit di kerusi semata-mata untuk bertemu dengan anggota bomba," katanya.

Fien-Aron pula memaparkan aksi bomba yang sebelum dapat 'berlagak' seperti adiwira itu sebenarnya melalui latihan ketat untuk berhasil menjadi lelaki waja seperti yang netizen tengok semasa perarakan sempenan 31 Ogos itu. Antara dipaparkan bagaimana bomba terkial-kial membuat vertical push, pull-up, bench press. 

"Inilah jerih kami sebelum menjadi bomba perkasa," katanya dengan hashtag (tanda pagar) #merdeka65, #firefighter,

#bombapenyelamatmalaysia.


Penat jerih kami.


Sementara itu, DJ Hot FM, Johan dalam gurauannya kepada Farah Fauzana yang tidak dapat bertugas kerana demam panas dengan menghadiahkan sekumpulan bomba yang datang ke studio untuk diwawancara dan akhir temu bual mereka menayangkan otot lengan yang sasa dan mengiurkan.

Kegagahan anggota bomba itu turut diviralkan dengan macam adegan lucu oleh orang ramai yang berharap mereka dapat 'selamatkan' oleh anggota penyelamat berkenaan walaupun kesnya terkepit pinggan dan tersangkut jari di beg GrabFood mereka.


Hahaha.... akibat video abam bomba diviralkan.


Selain abang bomba, gelagat lucu anggota perajurit kita yang turut hadir dalam perarakan Hari Kemerdekaan itu menjadi tarikan penonton apabila mereka menghiburkan orang ramai dengan lagu-lagu semangat patriotik dan lagu cinta asrama, Nantikan Abang Pulang yang mendapat tepukan gemuruh.

Selama ini, warga negara hanya tahu anggota tentera ini dilatih berhati keras, dingin dan penuh berdisplin serta tegas, berani sesuai dengan peranan mereka menjaga keselamatan negara.

Hari Kemerdekaan yang ke-65 tahun yang disambut selepas dua tahun terpaksa berkurung akibat Covid19, rupa-rupanya mengubah sifat kerana tentera yang selama ini 'tak boleh diusik' ada sisi kelakar.

Mereka menari bergoyang ala dangdut, menyanyi dan hadiah cenderamata kepada penonton. - KitaReporters


12
11
0
9
0

Copy Link: