Cantiknya! Berseri-seri! Permaisuri Agong puji Sultanah Kelantan! Comel berdooh, secantik Lady Diana!
Published by"Cantiknya Sultanah .... berseri-seri!," demikian pujian daripada Raja Permaisuri Agong dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ketika melihat paparan wajah Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Catatan manis oleh azizah_of_pahang @ Raja Permaisuri Agong yang memuji Sultanah Kelantan itu tertera dalam Instagram Kelantan D'Raja (Official) Palace - Instagram rasmi Istana Kelantan untuk berkongsi perkembangan dan aktiviti KDYMM Sultan Kelantan, DYMM Sultanah Kelantan dan keluarga D'Raja Kelantan.
Sementara itu, Annes lawr turut menyamakan kecantikan wajah Sultanah Nur Diana Petra Abdullah itu dengan Lady Diana yang kemudian disokong oleh Ciknie sweet, "Sekilas pandang macam Lady Diana."
"Subhanallah comey dooh Sultanah Kelate (Kelantan), Sultanah Nur Diana Petra Abdullah," itu pula komen rakyat tempatan manakala ada netizen luar negara pula macam tidak boleh "move on" kerana tertawan dengan keanggunan Sultanah yang berasal dari Republik Czech yang telah mengharumkan negara itu dengan kehadirannya.
Catatan Wikipedia mengenai Sultanah Kelantan sebelum ini dikenali sebagai Jana Jakoubková @ Yana Yakoubka, dilahirkan pada 25 Februari 1988 di Republik Czech dan merupakan Sultanah Kelantan kepada Sultan Kelantan ke-29, Sultan Muhammad V.
Sultanah Nur Diana Petra Abdullah telah melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada 30 Oktober 2010 dan Sultan Kelantan kemudian berkenaan mengurniaan pangkat kemuliaan yang membawa gelaran Sultanah Kelantan pada 2 Ogos 2022.
Gelaran Sultanah Kelantan diperuntukkan untuk permaisuri sultan yang tiada darah diraja atau berasal dari orang kebanyakan, manakala gelaran Raja Perempuan Kelantan diperuntukkan untuk yang berketurunan raja.
Gelaran ini kali terakhir diguna pakai oleh Sultanah Zainab (Nik Wan Zainab Nik Wan Muhammad Amin) permaisuri (isteri) kepada Sultan Muhammad IV Ibni Sultan Muhammad III (10 Februari 1899 - 23 Disember 1920).
Seorang netizen lagi, cocobenoman (KOKO El-Omron Dodi (LEE) ) memuat naik komennya, "She is graceful and beautiful (Sultanah sangat anggun dan cantik sangat-sangat)." Mungkin dia pertama kali melihat wajah jelita Sultanah Kelantan itu.
"Tengok Sultanah Diana.. teringat drama Turkiye Magnificent Century.. dah macam Sultanah Hurrem, isteri Sultan Suleiman Al-Kanuni..cantik sangat2," kata 1.a am yang turut disetujui seorang lagi yang dikenali sebagai handbag awa dengan kata-kata "Tahniah-tahniah Permaisuri (Sultanah) lebih cantik dari Miss USA."
Rakaman jurufoto yang dimuat naik dalan Instagram Diraja Kelantan itu menarik minat ramai pelayar dari seluruh dunia untuk melihat dan sekali gus tertawan dengan kecantikannya, keanggunannya dan cara Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, menyesuaikan diri dengan rakyat Kelantan. - KitaReporters