Janji Annuar Musa! Pengusaha macam Che Nah akan diberi lesen
Published byChe Nah sujud syukur setelah mendapat lesen berniaga setelah 35 tahun memohon. - Kredit foto: FB Helmi Hanafi.
Penantian mengharukan ini telah dirakam foto-foto yang dimuatnaikan dalam Facebook Helme Hanafi.
Che Nah yang kini menjadi ikon melawan kemiskinan bandar memandu sendiri mini van dari Paya Jaras ke Bukit Damansara setiap pagi untuk berdagang juadah pagi.
Che Nah berkata, sejak 35 tahun lalu dia sering turun naik pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mendapatkan lesen perniagaan.
Katanya, pelbagai alasan termasuk lesen dibekukan tidak mematahkan semangatnya untuk terus memohon.
“Dulu berniaga bersama suami. Selepas suami meninggal dunia, beliau berdagang sendiri. Gigih memasak dan menjual setiap hari.
“Saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa kerana membantu mendapatkan lesen ini. Ia hadiah istimewa kepada saya,” kata Che Nah dalam Facebook Helme Hanafi.
Akhirnya dia kini berjaya berniaga secara sah.
Sementara itu menurut Annuar Musa, ramai lagi penjaja yang gigih berniaga, tapi tiada lesen, boleh mohon dengan DBK dan akan dipermudahkan bagi menyemarakkan kempen "melawan" miskin bandar.
“Saya akan buat pengumuman nanti berapa tempat yang kita akan benarkan seperti yang saya katakan ada 103 lot di Berjaya Times Square,” kata Annuar.Tambahnya, pihaknya sedang giat melakukan kempen melawan miskin bandar dengan memberi lesen perniagaan kepada penjaja dan peniaga yang memohon lesen menerusi DBKL.
Katanya, kegigihan Che Nah harus dijadikan contoh dan menjadi inspirasi kepada peniaga lain untuk mencari rezeki di sebalik kesusahan hidup yang dialami. - KitaReporters