Rumah terbakar! Atira Azwani batalkan majlis pertunangannya!
Published byIMPIAN seorang gadis untuk mengadakan majlis pertunangan dengan pasangan lelaki tidak kesampaian apabila rumah yang didiaminya di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut, Terengganu, musnah dalam satu kebakaran. Kejadian berlaku awal pagi Sabtu, 30 Mei 2020 menyebabkan rumah milik keluarga gadis berkenaan yang berusia 40 tahun hangus sama sekali. : KitaReporters
Rumah berusia 40 tahun hangus dalam kebakaran di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut
"Jika diikutkan sepatutnya majlis pertunangan saya secara kecil-kecilan membabitkan ahli keluarga terdekat akan diadakan pada hari ini (Sabtu, 30 Mei 2020) tetapi terpaksa ditangguh ke tarikh lain disebabkan musibah yang melanda keluarga kami,” kata Atira Azwani Muhammad, 26.
Malah, katanya, pelbagai barangan
untuk persiapan majlis pertunagan bernilai hampir RM3,000 turut musnah dalam
kejadian itu.
Katanya, dia terjaga dari tidur sebaik
terbau asap dalam bilik sebelum melihat api di luar bilik sedang marak membakar
rumah.
Atira berkata, dalam kejadian yang tidak disangka-sangka itu dia menjadi panik dan hanya sempat menyelamatkan anak saudaranya yang sedang tidur.
Majlis pertunangan Atira Azwani Muhammad dibatalkan apabila rumah kediaman mereka terbakar
“Kejadian berlaku sangat pantas dan dia tidak sempat untuk mengambil menyelamatkan barang-barang termasuk dokumen pengenalan diri,” katanya.
Beliau berkata, akibat kejadian itu keluarganya mengalami kerugian besar kerana semua barang penting tidak dapat
diselamatkan.
Bagaimanapun katanya, beliau bersyukur kerana kemalangan itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kematian.
Keadaan rumah keluarga Atira selepas terbakar
Sementara itu, abangnya, Mazlan Muhammad, 47, yang juga pemandu lori berkata, dia mendapat tahu mengenai kejadian ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu dari Perak.
Atira berkata, rumah berkenaan adalah
warisan peninggalan orang tuanya dan
ketika kejadian, ia didiami enam beranak.
"Hanya kereta yang diletakkan di
depan rumah sempat dialihkan ke tempat lebih selamat," katanya.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba
dan Penyelamat (BBP) Besut berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.15
tengah malam.
Menurutnya, seramai 17 anggota dan
pegawai dari BBP Besut dan BBP Jertih dikejarkan ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.
Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menyampaikan sumbangan kepada Mazlan Muhammad ketika melawat lokasi kejadian
Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Pengerusi FELDA dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut yang dimaklumkan mengenai kejadian itu turut melawat keluarga mangsa di lokasi kejadian.
ADUN Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (Dua dari kanan) turut melawat keluarga mangsa kebakaran di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut
Sementara itu, penduduk kampung bersepakat menubuhkan tabung bantuan kebakaran bagi membantu keluarga terbabit membina semula kehidupan baharu.
Ketua UMNO Cawangan Tok Saboh, Riza Awang berkata, orang ramai khasnya penduduk di DUN Kuala Besut yang bersimpati dengan nasib malang keluarga terbabit bolehlah menghulurkan sumbangan.
Semua sumbangan boleh dihulurkan kepada tabung keluarga berkenaan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) menerusi No akaun 1111029000344653 atas nama Nurakiraazwani Muhammad. - KitaReporters