Niaga kuih siang malam! Budak 14 tahun bantu sara keluarga!
Published byKEHADIRAN COVID-19 bukan sahaja dianggap ‘tetamu tidak diundang’ tetapi juga mengganggu perjalanan kehidupan masyarakat di dunia hari ini. Malah, ekonomi keluarga turut terganggu dengan kemunculan wabak berkenaan. Keadaan itu menyebabkan ada yang terpaksa mencari jalan alternatif untuk meneruskan kelangsungan hidup. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan Indonesia:
https://kitareporters.com/search?search=indonesia
Keadaan sama berlaku kepada sebuah keluarga kecil di Kalimantan Selatan yang sekali gus memaksa anak kecilnya turut berganding bahu demi kelangsungan hidup mereka sekeluarga.
Menerusi Instagram @rhmadii, dia berkongsi kisah seorang remaja, Muhamamad Haikal yang berusia 14 tahun terpaksa mengorbankan masa remaja seperti rakan-rakan lain demi membantu keluarga.
Pada saat rakan-rakan lain ‘berkembar’ dengan gajet tetapi kepada dirinya terpaksa mengorbankan masa tidur dan menebalkan muka menjaja kuih muih di jalan-jalan raya di Kitun, kelurahan Barabai Darat, Kalsel (Kalimantan Selatan).
Sebelum ini tugas
mencari rezeki diuruskan oleh bapanya, namun selepas kedatangan COVID-19 bapanya yang
bekerja sebagai buruh binaan terpaksa berhenti kerja.
Situasi mendesak itu
menyebabkan remaja berusia 14 tahun itu terpaksa bangun seawal pukul 4 pagi untuk
menjaja kuih muih menggunakan basikal.
Namun atas dasar
taggungjawab kepada keluarga, Haikal tidak berkira dengan kesukaran yang dilalui
asalkan keluarga dapat meneruskan kehidupan.
Alahai bagusnya … sanggup
berkorban demi keluarga.
Kongsi @rhmadii lagi, jualan yang dilakukan biasanya berakhir jam 11 pagi dan disambung lagi pada 2 petang sehingga lewat malam.
Sabarlah dik.. semua
ini hanya sementara.
Ingatlah berbakti kepada orang tua ini bukan kerja sia-sia tetapi pahala besar selain mendapat keberkatan dalam kehidupan. - KitaReporters