CSR terbaik dua korporat! Kara Holdings, Harian Metro santuni warga emas terbiar di Mahmudah!
Published byYusri Abdul Malek (kiri), Abd Rahman Md Dawi dan Mohamad Izham Mohamad Haroun beramah mesra dengan penghuni di PJMM.
KARA Holdings Sdn Bhd pengendali Kedai Ayamas akan terus berkongsi rezeki daripada keuntungan perniagaan dengan pertubuhan atau pusat kebajikan bagi membantu mereka yang memerlukan pembelaan sebagai memenuhi tanggungjawab sosial syarikat (CSR).
Pengarah Eksekutifnya, Abd Rahman Md Dawi, berkata selain itu bukan mudah untuk mencari atau berjumpa dengan mereka yang sanggup melakukan kerja sukarela bagi menjaga serta mengurus kehidupan mereka yang ditimpa musibah atau warga emas yang hidup tersisih.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan
Pengerusi PJMM, Ruslan Saidin (dua dari kanan) menerima sumbangan daripada Pengarah Eksekutif Kara Holdings Sdn Bhd, Abd Rahman Md Dawi dan Pengarang Eksekutif (Pengeluaran) Harian Metro, Abd Rahman Md Dawi (dua dari kiri) pada Program Titipan Kasih Harian Metro Bersama Kedai Ayamas di PJMM, Semenyih, Selangor, pada 4 Oktober 2021.
Menurutnya, ketabahan sukarelawan itu dan nasib yang menimpa warga emas khususnya melahirkan rasa keprihatinan Kara Holdings Sdn Bhd untuk bekerjasama dengan Harian Metro melaksanakan program CSR supaya dapat memberikan keceriaan kepada mereka.
Tambah beliau, kita mengakui bukan tugas yang mudah bagi mereka yang melakukan kerja sukarela itu untuk menjaga serta menguruskan kehidupan warga emas kerana rata-rata sudah lanjut usia dan menghidap pelbagai penyakit yang perlu disantuni setiap masa.
Yusri (kanan), Abd Rahman dan Mohamad Izham melawat penghuni PJMM yang terlantar di atas katil kerana keuzuran.
“Demi tanggungjawab sesama insan serta mengambil iktibar daripada pelbagai kisah penderitaan warga emas ini serta hubungan kekeluargaan pihak kami akan terus membantu mereka yang memerlukan bantuan.
“Impak
daripada pandemik Covid-19 ini juga meninggalkan kesan mendalam kepada pusat
jagaan warga emas yang amat memerlukan sokongan pihak luar supaya dapat terus
menguruskan kehidupan penghuni dengan sempurna,” katanya ketika berucap pada
Program Titipan Kasih Harian Metro Bersama Kedai Ayamas di Pusat Jagaan
Mahmudah Malaysia (PJMM), di Semenyih, Selangor, pada 4 Oktober 2021 lalu.
Turut hadir pada program itu, Pengarang Eksekutif (Pengeluaran) Harian Metro, Yusri Abdul Malek; Timbalan Pengurus Besar (Operasi) Kara Holdings Sdn Bhd, Mohamad Izham Mohamad Haroun; Pengerusi PJMM, Ruslan Saidin; Pengurus PJMM, Sazali Mohiden; Penasihat 1 dan 2 PJMM, Azman Rasman serta Mohiadin Bahado.
Yusri bertanyakan sesuatu kepada seorang penghuni yang gembira menikmati hidangan yang disediakan Kedai Ayamas.
Yusri pula berkata, program itu yang sudah 10 tahun dilaksanakan adalah bagi memenuhi CSR korporat Harian Metro untuk berkongsi rezeki dengan menyalurkan bantuan kepada anak yatim, keluarga miskin, ibu tunggal, asnaf, rumah kebajikan dan mangsa bencana alam.
Menurutnya, bantuan yang diberikan itu dalam bentuk fizikal, barangan keperluan asas, kelengkapan harian serta wang tunai manakala jalinan kerjasama dengan Kedai Ayamas antara inisiatif CSR mengenal pasti dan memberi sumbangan kepada masyarakat terutama dalam tempoh yang sukar.
“Penularan wabak Covid-19 turut memberi kesan kepada pihak pengurusan PJMM dan program bersama Kedai Ayamas ini diharap dapat mengurangkan tekanan serta bebanan mereka yang sebaliknya mengundangkan keceriaan khusus kepada penghuni,” katanya. - KitaReporters
Mohiadin (kanan), Abd Rahman, Azman dan Mohamad Izham berbincang mengenai keperluan yang masih diperlukan untuk surau PJMM.