[VIDEO] HEBAT KAU ADIK!! BAKAL INFLUENCER NI..
Published byKITA semua sering kali melihat video dalam media sosial tentang 'life hacks' yang dikongsikan bagi memudahkan kehidupan. Tular sebuah video dalam Twitter baru-baru ini yang memaparkan seorang kanak-kanak menunjukkan cara membersihkan mekap dengan kaedah yang tidak disangka-sangka. : KitaReporters
Selalunya orang perempuan akan lebih tertarik dengan 'life hacks' berkaitan dengan mekap (tatarias).
Melalui akaun @iemanhusna, beliau berkongsikan satu video berdurasi hampir 2 minit yang menunjukkan cara lain membuang mekap menggunakan cotton pad dan makeup remover.
Apa yang menariknya, cara adik ini buang mekap hanya dengan meniup cotton pad yang telah dituang dengan mekap remover.
Apabila ditiup cotton pada tersebut, buih akan terhasil.
Hebatlah adik ini, tidak sangka makeup remover boleh berubah menjadi buih sabun.
Buih tersebut pula disapu pada bahagian muka.
Video ini telah membuatkan ramai netizen terhibur kerana tidak mengetahui terdapat cara lain untuk membuang mekap.
Lepas ni, bolehlah anda cuba trick ini pula. Terima kasih adik @iemanhusna!!